SUPPORT PENAJA

Friday 24 February 2012

MAGIKNYA LAGU SUDIRMAN


Salam semua... da lama Mak Jemah tak melorat kat sini...kali ni Mak Jemah nak citer Magiknya Lagu-lagu Allahyarham Sudirman...

Semua orang tahu dan kenal siapa lagenda Sudirman...kalau sebut nama die..mesti akan terbayang gelak die...gelagat dan paling penting..lagu-lagu top die...Bagi Mak Jemah..bukan senang nak cari pengganti macam Sudirman...seorang yang sangat berjiwa Patriotik..cuba dengar lagu dia..kebanyakkan adalah berunsurkan humor dan nasihat..cinta-cintun tu ade..tapi tak banyak pun...

Mak Jemah teringat lagi persembahan Sudriman ni..die suka pakai baju kelip-kelip..kalau orang putih kata " bling-bling" gitu...n tak kisah pun pakai baju bendera..skang mane ade artis nak pakai cam tu...Paling suka...songkok bendera die...hehehe..leh tak songkok tu bawa gi beraya...

Kelmarin...genap la 2 dekad pemergian penghibur Nombor 1 ni...Allahyarham Datuk Sudirman Arshad..

Antara lagu-lagu hot die adalah... Hujan, Pelangi Petang, Chow Kit Road, Basikal Tua, dan yang paling Mak Jemah boleh titiskan air mata adalah lagu Salam Akhir...aduhai..lagu tu memang  menusuk di kalbu la...

Kat sini bukan ape...Mak Jemah just nak war-warkan bahawa satu konsert akan diadakan bagi memperingati pemergian penghibur ini..

Konsert akan diadakan pada Malam ini, bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, artis daripada generasi baru dan lama berpadu suara menjayakan konsert Sudirman... Abadi Di Hati terbitan RTM. Antara barisan artis terpilih ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan dan Rey.

So sape-sape yang  minat dan rasa nak tgk konsert ni boleh la pegi kat Auditorium Angkasapuri tu..Mak Jemah pun tak tahu la..ade ke tak kat TV..kalau ade pun..korang jangan la bukan channel Astro atau Media Prima... korang buka channel RTM okay..

Kalau nak berita lanjut..boleh la klik kat sini..

SUMBER : BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment