SUPPORT PENAJA

Monday 16 January 2012

FUYOO.. ADIRA MENGAKU BUKAN LESBIAN PUNCA PUTUS DENGAN HAFIZ





Setahun menjadi pasangan bermadu kasih, percintaan pasangan duet lagu Ombak Rindu iaitu Hafiz dan Adira akhirnya sampai ke penamat. Kedua-duanya gagal mengenali hati budi masing-masing dan kini mahu lebih fokus kepada kerjaya. Namun mereka berdua masih menjadi kawan baik dan masih selesa berkongsi masalah dan cerita masing-masing. 


Kata Hafiz:-
Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya 



Manakalah Adira pula tidak menolak yang kesibukan kerja merupakan salah satu perpisahan mereka


Kata Adira :-
Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. 


Selain itu Adira juga memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.
“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.
Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.
“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.
Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

FUYOO..VIDEO DATO' SITI YANG WAJIB DITONTON




Bertuah sungguh kan Diva terkenal tanah air kita siapa lagi kalau bukan  Dato’ Siti  Nurhaliza .  Sempena ulang tahun kelahiran  yang ke 33 tahun beliau , pihakAstro telah pun menyiarkan Biography Dato’ Siti Nurhaliza di History Channel.

Memang menarik kisah hidup Dato’ Siti. Pelbagai kisah dapat ditonton, daripada disuruh balik kampung oleh wartawan-wartawan kerana tidak mahu bergambar dengan artis lelaki sehinggalah majlis perkahwinannya dengan Dato’ K, kesemuanya diceritakan di dalam video tersebut. Bagi pendapat Ceciter ler memang wajib tontonler  walaupun uolls bukan peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Kepada Dato’ Siti, Ceciter nak ucapkan Selamat Hari Jadi, semoga dimurahkan rezeki dan cepat mendapat cahaya mata. 




FUYOO.. UNTUNG GILE JADI STUDENT


Skang ni kalau kite jadi student memacam kelebihan yang kite dapat tau.. Tak kire la brape umo kite.. asalkan kite ni masih bergelar student dan ade kad matrik tapi pepe pun pastikan dulu kad matrik tu masih ler laku nak guna ..hehehe



Tak kire la brape lama kite study, kite tetap akan terima kelebihan sbg student, antaranya ialah :
1) Charge telefon yg memang murah
2) Yang Penting Biasiswa atau pinjaman,
3) Potongan harga untuk student ( byk dah kedai2 atau permis yg wat cam ni )
 dan lain-lain lagi ler..
Bebaru ni pihak kerajaan kiter bagi lagi kemudahan atau saguhati kepada student2 Malaysia ni dengan ade nya Boucher Buku 1 Malaysia anjuran KPT.


Setiap pelajar akan diberi boucher sebanyak RM200.00, tapi boucher ni hanya boleh digunakan di kedai2 buku yang ambil bahagian sahaja, (jangan pulak guna g shopping baju , barang dapur , pampers anak lak) dan kita kene belanja lebih ataupun sama dengan nilai boucer, sebab kalau kurang duit tak akan dikembalikan tau.Jangan lak nanti mintak baki...hehe


Boucher ini akan diberi sebanyak 4 keping, dan setiap keping berharga RM50.00...so kite kene pandai2 la berbelanja memandangkan tamat tempoh boucer ni hingga hujung bulan Mac je.
Apa yang perlu uolls lakukan adalah, pergi je memana kaunter pentadbiran Universiti atau kolej masing2 dan tunjukkan kad pelajar. Pastu dapat la boucer tu...Simple je kan...


* Suka dengan blog ini, sila klik follow untuk mengikuti berita hangat lagi

FUYOO.. PENYERAHAN BORANG BR1M DILANJUTKAN





Berita gembira buat mereka yang sangat sibuk ngan kerja dan family hingga takde kesempatan nak amik dan hantar borang BR1M.  Ini kerana  Tarikh untuk menghantar Borang BR1M telah dilanjutkan sehingga 11 Februari 2012..


Sesaper yang rasa layak memohon tu pegi la ke mana-mana kaunter berkaitan untuk mendapat kan borang tersebut ..Kalu nk lagi senang Ceciter ada form kat sini . Download kan jer . Senang bukan  ..isi kasi lengkap pastu hantar kat memana kaunter LHDN atau pun kaunter yang terpilih .Yela rezeki kerajaan nak bagi kan ..bukan senang nak dapat RM500.00 tu.. Kita cuba je..dapat tak dapat belakang kire..so ape lagi..selagi kite nie rakyat Malaysia dan pendapatan kasar lak bawah RM 3000.00 cubeler apply yer . Orang lain da dapat..apa lagi yang uolls nak tunggu kan .Yela kalau kite tonton kat berita..yang dapat tu bukan warga yg tua2 jer..yg muda belia pun amik peluang gak tau ..So tak kira ler uolls kakitangan kerajaan ke atau pun swasta ..rasa-rasa kalu gaji uolls tu tak mencapai 3k nak tunggu pe lagi kan .. 


Nak download borang klik kat sini : Borang BR1M 

* Suka dengan blog ini, sila klik follow untuk mengikuti berita hangat lagi

FUYOO .. KOS BERSALIN BEYONCE CECAH HAMPIR 1.3 JUTA


Ceciter pasti ramai dari uolls telah mengetahui yang penyanyi Diva Beyonce telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel . Tapi tahukah uolls apa yang berlaku disebalik kelahiran bayi tersebut


Penyanyi pop dan suaminya, hip-hop maestro Jay-Z, 42, dilaporkan menghabiskan wang hampir mencecah $1.3 juta untuk mengubahsuai suite di Hospital Lenox Bukit Manhattan Upper East Side dan menurut beberapa laporan seluruh lantai di hospital juga diubahsuai sehingga kelihatan seperti hotel 5 bintang. 


Apabila Beyonce mendaftar masuk dengan nama samaran Ingrid Jackson mestilah permintaan beliau pasti ala – ala diva-ish jugak kan . Segala nya perlu kelihatan mewah dan sistem keselamatan pun amat diambil kira . Misalnya kakitangan di hospital dilarang untuk menggunaka
n telepon bimbit dan kamera keselamatan juga telah ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan dari sebarang gambar yang tidak dibenarkan diambil .Beliau juga mengarahkan beberapa pasukan keselamatan disitu untuk berjaga sepanjang penginapan beliau. Yela masuk akal jugak kan sebab mereka mahu memastikan bahawa Bey dan bayinya tidak dikerumuni dan diganggu oleh paparazzi atau pengintip yang tidak bertanggungjawab .




FUYOO... SALJI TURUN DI KABUL DIANGGAP MEMBAWA TUAH




Jika telahan rakyat Afghanistan benar dan salji membawa tuah, negara bergolak itu dijangka menerima berita baik di tengah langkah yang masih belum muktamad ke arah perjanjian damai dengan anggota Taliban berikutan salji yang turun mengubah landskap kering dan berdebu Kabul kepada seni indah berwarna putih bersih.
Pokok di sepanjang jalan dan tembok dengan kesan letupan dihiasi warna putih, dengan lelaki di ruang pejalan kaki dan pengawal yang bersenjatakan raifal berbual, tersenyum kepada orang ramai yang lalu lalang.Laman web sosial Twitter, yang digunakan secara meluas di Afghanistan untuk mengesan keganasan terbaru dalam perang selama 10 tahun itu, menyatakan kegembiraan.“Salji lebat turun di Kabul sejak 24 jam lalu. Kelihatan cantik,” kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF), yang mempunyai kira-kira 130,000 anggota tentera diketuai Amerika Syarikat di negara itu dalam Twitter.“Polis Kabul meninggalkan senjata AK47 mereka dan bermain orang salji di Kabul,” kata seorang penduduk. Harapan ceciter ler harap para tentera they olls trus enjoy main gan salji sampai tak berminat lagi nak perang kan . Aman sikit dunia nie ..