SUPPORT PENAJA

Monday 16 January 2012

FUYOO... SALJI TURUN DI KABUL DIANGGAP MEMBAWA TUAH




Jika telahan rakyat Afghanistan benar dan salji membawa tuah, negara bergolak itu dijangka menerima berita baik di tengah langkah yang masih belum muktamad ke arah perjanjian damai dengan anggota Taliban berikutan salji yang turun mengubah landskap kering dan berdebu Kabul kepada seni indah berwarna putih bersih.
Pokok di sepanjang jalan dan tembok dengan kesan letupan dihiasi warna putih, dengan lelaki di ruang pejalan kaki dan pengawal yang bersenjatakan raifal berbual, tersenyum kepada orang ramai yang lalu lalang.Laman web sosial Twitter, yang digunakan secara meluas di Afghanistan untuk mengesan keganasan terbaru dalam perang selama 10 tahun itu, menyatakan kegembiraan.“Salji lebat turun di Kabul sejak 24 jam lalu. Kelihatan cantik,” kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF), yang mempunyai kira-kira 130,000 anggota tentera diketuai Amerika Syarikat di negara itu dalam Twitter.“Polis Kabul meninggalkan senjata AK47 mereka dan bermain orang salji di Kabul,” kata seorang penduduk. Harapan ceciter ler harap para tentera they olls trus enjoy main gan salji sampai tak berminat lagi nak perang kan . Aman sikit dunia nie ..













2 comments:

  1. video youtube tu di upload tahun 2009..adakah ini tipu daya semata-mata?!

    ReplyDelete
  2. Pepe pun Ceciter nak mintak maaf le kalu ade salah paham ..takde pun niat nak menipu ..mmg pada tahun 2009 kabul pernah turun salji . so Ceciter just nak share gan uolls kejadian alam tersebut takpe nti ceciter letak video peristiwa tahun ini yer. Pepe pun tq sudi melawat blog ceciterdunia .blogspot.com

    ReplyDelete