SUPPORT PENAJA

Wednesday 25 January 2012

ENGGAN LEPASKAN MAYAT TEMAN WANITA



Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.Jurucakap polis berkata kira-kira pukul 1.15 pagi 25 Januari 2012 , polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.


Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Katanya polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

FUYOO..ANTARA ANAK CELEBRITI BARAT YANG CUTE


Kanak - kanak ini cukup bertuah dilahirkan dalam kalangan keluarga yang memiliki segala nya . Namun kekayaan , kemewahan serta populariti yang wujud disebabkan ibu atau bapa mereka menjadikan antara kanak-kanak comel ini tidak terkecuali dari lensa paparazi . Berikut antara picture anak - anak celebriti barat yang comel yang dapat Ciceter kongsi dengan uolss .

Anak Tiger Wood ~Sam Wood




Brooke Shields & Anak - anak

                
 
Anak - anak Marcia & Cross Tom Mahoney



Anak - anak Christina Aguilera & Jordan Bratman



Anak Hugh Jackman ~Ava Jackman



Anak Nicole Richie ~ Harlow Winter Kate Madden 




Anak Jessica Alba ~ Honor Marie Warren

                                

Anak Selma Blair ~Arthur Saint



Anak Britney Spears ~ Jayden James & Sean Preston

            

Anak Seal & Heidi Klum ~ Henry & Leni

                    

Anak anak Naomi Watts dan Liev Seal

                  










FUYOO..GEMPAR ..BUMI BERDEPAN RIBUT SOLAR TERKUAT





Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku. Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu 22 Januari 2012 . Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini. Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.



Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. 

FUYOO.. GEMPAR BILA AIR ASIA DISAMAN


 SAMAN !!!! Ini mungkin satu tamparan hebat buat syarikat tambang murah terulung Asia iaitu Air Asia. Dan diharap dengan apa yang berlaku, pihak AirAsia akan mengambil langkah serius akan hal ini. Bukan apa, sebelum ini ada juga dengar-dengar pelanggan dan penumpang yang kurang berpuas hati soal harga yang disiarkan di laman web dengan harga yang perlu dibayar semasa check-in .... 
Para pelanggan perlu  diberi penjelasan yang lengkap berkenaan semua aspek . Cara promosi perlu betul, telus dan mudah bagi semua terutama bagi mereka yang ingin pertama kali merasa terbang di awan biru. 

Seandai semua ini tidak dipandang serius oleh Air Asia sesuatu mungkin akan terjadi seperti mana di Australia bila AirAsia disaman oleh sebuah Suruhanjaya pengguna di negara kanggaru tersebut kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman  web. 
Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne. 

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.

FUYOO .. REKAAN MENARA DI KOREA DIKATAKAN MEMERLI PERISTIWA 9/11




Terletak di pintu masuk Dreamhub Yongsan, direka oleh Daniel Liebskind sebuah menara yang dalam pembinaan yang diberi nama The Cloud dikatakan memperli peristiwa hitam 9/11. Sebuah bangunan yang didirikan bersebelahan dan pada konsepnya seperti awan di tengah-tengahnya. Namun bagi orang Amerika mereka merasakan bangunan ini menyerupai peristiwa letupan World Trade Centre.



FUYOO..RAKAMAN SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA DISELURUH DUNIA

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina baru sahaja berakhir. Tapi mb belum terlambat gak ler kalau Ceciter nak amik peluang untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada seluruh masyarakat Tionghua seluruh dunia dan khas buat yang menyambutnya di Malaysia . Memang meriah dan sungguh berwarna-warnikan . Dan sempena tahun naga pada tahun ini Ceciter nak share dengan uolls beberapa pictures sambutan Tahun Baru Cina yang disambut meriah dibeberapa buah negara dunia .

Hsi Lai, USA

Jakarta
Manila's Chinatown 
 Singapore

Beijing
 Singapore

Temple of Earth park in Beijing
Madrid, Spain




DISCO MENYERUPAI MASJID DI SEPANYOL

Terkejut sungguh Ceciter bila terbaca sebuah laman web tentang wujudnya sebuah disco yang binaannya umpama sebuah masjid dan yang paling mengejutkan ialah namanya  "La Meca". 
Siapa pemilik disco di Sepanyol yang menyerupai masjid dengan nama La Meca tersebut ? Ternyata dia seorang bekas penjaga gol real madrid, Santiago Canizares.



Binaan tersebut merupakan disko yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.Hmm tak paham sungguh macam takde nama lain nak letak kan .
La Meca merupakan disco yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disco ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara  tersebut .






Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disco tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperangan besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.Akibat kontoversi tersebut, akhirnya ketua perisik memperingatkan pemilik disco, Santiago Canizares. Kerana saat ini mereka menjadi target ekstrimis muslim yang mengistiharkan disco tersebut telah menghina agama islam.

Kemudian Santiago Canizares pun setuju untuk mengganti nama disco miliknya setelah bertemu dengan para pemimpin Muslim di Sepanyol. Sebelumnya badan perisik Sepanyol, National Intelligence Centre , memperingatkan para pemilik atas ancaman yang dilakukan secara online yang dilakukan umat muslim moderat Sepanyol yang meminta supaya nama disco tersebut diubah.
Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol Mohamed Ali, mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran.“Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam ,” katanya. , “Padahal umat Islam selalu peka terhadap perasaan non-Muslim,” ujarnya.