SUPPORT PENAJA

Wednesday 25 January 2012

FUYOO.. GEMPAR BILA AIR ASIA DISAMAN


 SAMAN !!!! Ini mungkin satu tamparan hebat buat syarikat tambang murah terulung Asia iaitu Air Asia. Dan diharap dengan apa yang berlaku, pihak AirAsia akan mengambil langkah serius akan hal ini. Bukan apa, sebelum ini ada juga dengar-dengar pelanggan dan penumpang yang kurang berpuas hati soal harga yang disiarkan di laman web dengan harga yang perlu dibayar semasa check-in .... 
Para pelanggan perlu  diberi penjelasan yang lengkap berkenaan semua aspek . Cara promosi perlu betul, telus dan mudah bagi semua terutama bagi mereka yang ingin pertama kali merasa terbang di awan biru. 

Seandai semua ini tidak dipandang serius oleh Air Asia sesuatu mungkin akan terjadi seperti mana di Australia bila AirAsia disaman oleh sebuah Suruhanjaya pengguna di negara kanggaru tersebut kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman  web. 
Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne. 

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.

No comments:

Post a Comment