SUPPORT PENAJA

Thursday 8 March 2012

PELIKK ... !!! TELUR DALAM TELUR

Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin. Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.

“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku. “Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.

Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.

FILEM ANIMASI SEEFOOD MEMANG TERBAEKKK

Tahniah dan pujian mengunung harus diberikan buat anak-anak muda tempatan kerana berjaya menghasilkan sebuah filem animasi yang kualiti grafiknya  bertaraf antarabangsa .Sis  memula pun ingatkan Seefood nie filem hasill Walt Disney rupanya tak . Seefood,sebenarnya merupakan sebuah filem animasi terbitan Silver Ant Sdn. Bhd. yang diedarkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd . Sebenarnya sudah banyak kali dipertikaikan ejaan Seefood yang sebenarnya bermaksud seeing food itu memaparkan jalan cerita yang sarat pengajaran serta amat sesuai buat tontonan si cilik. 


Filem animasi arahan Goh Aun Hoe itu juga telah berjaya ditayangkan di lebih 90 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia.Malah, menurut Aun Hoe lagi filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia itu mengekalkan usaha 100 peratus bakat tempatan.“Filem ini memakan masa selama lebih dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya manakala kajian yang dilakukan untuk Seefood juga mengambil masa yang panjang iaitu hampir sepuluh tahun.



Seefood mengisahkan tentang pengembaraan seekor jerung bernama Pup dan sahabat baiknya Julius ke daratan apabila berdozen telur ikan jerung dalam terumbu karang dicuri pemburu haram dari perairan.Tanpa mengambil kira risiko dan bahaya yang bakal ditempuhinya, Pup nekad untuk menyelamatkan adik-beradiknya. Julius yang khuatir akan keselamatan Pup muncul dengan sutnya yang menyerupai robot akuarium untuk memburu makanan di daratan.Malangnya, Julius pula yang menjadi mangsa tangkapan seorang nelayan yang tamak dan Pup pula yang bertindak untuk menyelamatkan kawan baiknya daripada menjadi hidangan sup jerung istimewa.


So jom jangan lupa terjah pangung bersama family &  kawan-kawan untuk tonton filem Seefood yang mula ditayangkan pada 8 Mac (hari ini) di 65 buah panggung wayang seluruh Malaysia dan Brunei.





DIMANAKAH NURUL NADIRAH ???



Selepas lapan hari berlalu, keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang lebih manja dengan panggilan Dirang, masih menaruh harapan tinggi supaya anak kecil itu ditemui segera dalam keadaan selamat. Harapan itu disandarkan mereka selepas mengadakan solat hajat serta doa selamat, selain pandangan lima pengamal perubatan tradisional dan Islam yang membantu keluarga Dirang. 
Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata sejak hari pertama anaknya dilaporkan hilang, beliau 
dan suaminya, Lima Medeng, 25, berusaha mencari anak kesayangan mereka di sekitar daerah ini kerana yakin Dirang masih berada di kawasan berdekatan.
“Saya sekeluarga hanya mampu berterima kasih kepada sumbangan semua pihak, termasuk bomoh dan ustaz yang membantu dengan ikhlas tanpa meminta sebarang bayaran daripada kami yang sememangnya tidak berkemampuan kerana suami masih mencari pekerjaan.


“Bomoh dan ustaz yang kami temui sekitar Pasir Gudang, Seri Alam dan Masai mendakwa Dirang selamat tetapi dalam kawalan seseorang. Mereka menasihatkan kami mencarinya di kawasan rumah kosong di sini kerana percaya Dirang dikurung di situ,” katanya.
Roselyn berkata, setakat ini, pencarian yang dilakukan mereka belum berhasil dan tiada sebarang petunjuk Dirang disembunyikan di kawasan berkenaan. 
“Saya dan suami tidak akan berputus asa, selagi terdaya kami tetap akan berusaha mencari Dirang selain mengusahakan majlis doa selamat dengan menjemput jiran bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dirang. “Poster Dirang akan ditampal bagi memudahkan pencarian anak kedua kami itu,” katanya.
Sementara itu, kumpulan perbankan RHB akan memasang poster gambar Dirang yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu pada lebih 1,800 mesin pengeluaran wang (ATM) miliknya di seluruh negara dalam usaha membantu menjejaki kehilangan kanak-kanak terbabit. Pengarah Perkhidmatan Korporat RHB, Norazzah Sulaiman, berkata pihaknya juga akan memaparkan gambar Dirang pada laman web bank berkenaan bagi membolehkan orang ramai yang menggunakan khidmat dalam talian mereka membantu mengesan anak kedua daripada tiga beradik itu.


Beliau berkata, RHB juga akan bekerjasama dengan beberapa media tempatan untuk mengiklankan gambar kanak-kanak terbabit. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar, berkata pihaknya akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak terbabit.



Sumber dari Berita Harian

KEPUTUSAN SBPA TERKINI 8 MAC 2012





Salam semua...ari ni hangat perkatakan tentang KEPUTUSAN SBPA.. so Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang telah diadakan di PICC Putrajaya, PM kita telah maklumkan bahawa :



  1. SBPA dibatalkan <-- ape korang rasa..ok ke tak.. Maknenye..pasni borang-borang yang kite dok tandatangan tu..leh la buat jual kat apek-apek yer..
  2. Struktur perlaksanaan SSM akan ditambah baik.
  3. Kenaikan gaji bagi  gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), 
  4. Kenaikan gaji bagi Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), 
  5. Kenaikan gaji bagi Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  6. Kenaikan Elaun COLA bagi penjawat awam di kawasan B dan C sebanyak RM50.00.. Penjawat Awam Kawasan A yang mana dapat elaun COLA sebanyak RM300.00 tiada kenaikan.
  7. Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
  8. Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based
Setakat ni je la yang Mak Jemah tahu..yang selanjutnya kite tunggu la lagi yer keputusan orang-orang atasan ni...kalau tak best...as usual orang bawahan bangkang...Pastu kaji balik..

Nasib baik la pekerja kat Malaysia ni lom sampai tahap reformasi lagi..kalau tak...jadi la revolusi cam dolu-dolu kala..


VIDEO YOUTUBE YANG MENYENTUH JIWA .




Seorang pemuda obes, Robert Gibbs menyentuh perasaan orang ramai apabila dia menitiskan air mata dalam satu rakaman video.Dia menitiskan air mata bagi meminta bantuan untuk menguruskan badan. Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu.
Pihak penerbit program bual bicara popular AS, Dr. Phil Show kemudian bersetuju melawat Gibbs di kediamannya di sini selepas rakaman video tersebut disiarkan.
Gibbs, 23, pernah menyebut mengenai program bual bicara itu dalam rakaman videonya yang telah ditonton lebih sejuta kali. Setakat ini, dia mendapat lebih 48 maklum balas daripada penonton.Sebahagian daripada penonton itu menawarkan pelbagai panduan diet selain memberi galakan kepadanya.   

Pada hari ini, seorang kru program televisyen berkenaan dijadualkan berkunjung ke kediaman Gibbs untuk membuat liputan.Dalam video YouTube yang dirakamkan sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya pada Jumaat lalu, Gibbs tidak mendedahkan secara terperinci bentuk bantuan yang diperlukannya. 

Dia berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang kaedah untuk menurunkan berat badannya. "Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain," kata Gibbs dalam rakaman itu.

"Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan," tambahnya.
Pemuda berkenaan menganggarkan dia memiliki berat badan di antara 272 kilogram (kg) dan 317kg. -

BEKAS ISTERI SULTAN BRUNEI DITIPU

Fatimah Kumin Lim
Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar MailOnline semalam. Mariam, 55, turut mendakwa pengawal peribadinya itu, Fatimah Kumin Lim telah menggantikan berlian yang dicuri dengan replika tidak berharga.


Menurutnya, Fatimah, 34, mencuri seutas gelang berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian bernilai £8.7 juta (RM41.5 juta) pada 2008 dan 2009. Wanita berkenaan didakwa mencuri barang kemas tersebut bagi membayar hutang judinya. Peguam Mariam, Max Mallin memberitahu Mahkamah Tinggi Britain bahawa Fatimah mengaku mengambil semua berlian itu ketika ia disimpan di kediaman majikannya yang berharga £1.7 juta (RM8.1 juta) di Kesington.
Mallin berkata, Fatimah membuat pengakuan itu apabila dia disoal siasat polis di Brunei. Namun, Mallin berkata, Fatimah kini mendakwa pengakuan tersebut diperoleh secara paksaan. Jelasnya, dia telah diarahkan oleh Mariam supaya menjual berlian-berlian itu bagi membayar hutang judi Mariam.Fatimah berkata, bekas keluarga diraja itu menggunakan namanya untuk berjudi.
Affa Abdullah
Mahkamah tinggi berkenaan turut diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya meminjamkan sebentuk cincin berlian biru dan sebentuk cincin berlian kuning yang kemudian tidak pernah dipulangkan.Menurutnya, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin itu dua kali iaitu pada November dan Disember 2009.

Fatimah yang tidak menghadiri perbicaraan tersebut, turut didakwa mengambil seutas gelang tangan berlian daripada majikannya pada 2008 dan menjual barang kemas itu.Mariam menuntut ganti rugi nilai keseluruhan gelang tangan tersebut dan membuat satu lagi tuntutan mahkamah supaya cincin berlian biru dan kuning itu dipulangkan kepadanya.

Kedua-dua cincin tersebut kini berada dalam tangan seorang peniaga yang dipercayai membeli barang kemas berkenaan di Geneva, Switzerland. Mariam bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2003.

ANAK MAUT TERTIMBUS


“Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!,” jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi. Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.
 Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya. 




Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.  “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 
malam ketika menerima rawatan di HKL,” katanya ketika dihubungi semalam.





Sumber dari MyMetro

KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT

Kuala Lumpur sekali lagi dilanda banjir kilat . Hujan lebat yang berlaku selama 3 jam semalam 7 March 2012 mengakibatkan beberapa tempat di Kuala Lumpur mengalami kesesakan teruk akibat banjir , pokok tumbang serta tanah runtuh . Antara tempat yang teruk Mrr2 menghala ke Tesco Ampang, Flammingo bawah flyover, Chowkit depan shell smpai ke Kg Periuk .Jln Tun Razak, Jln Duta, Kg Bharu Jln Raja Ali, Jln Raja Alang, Pasar Seni, Central market jalan sesak teruk dan banjir.  Malah susulan dari kejadian akibat banjir tersebut hampir 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam tadi apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air. Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan. Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.  Antara punca banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh.Malah paling menyedihkan kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang  .  Kawasan paling teruk terjejas ialah Dusun Tua yang ditenggelami air sedalam dua meter.

 Kejadian semalam turut meragut nyawa seorang remaja yang terkorban akibat tanah runtuh di di Jalan Belfield . Mangsa Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan. Al-fatihah.