SUPPORT PENAJA

Thursday 12 January 2012

FUYOO .. TENTERA AMERIKA YANG MEMANG KEJAM

 Apakah salah kambing tersebut sehingga diperlakukan sedemikian rupa . Dimanakah nilai kemanusian sekarang . Jelas ada segelintir manusia bersikap umpama lebih binatang dari makluk ALLAH yang bernama haiwan .


FUYOO.. ASKAR AMERIKA BERSIKAP BIADAP





Lagi skandal  melibatkan tentera Amerika berlaku di Afghanistan apabila video menunjukkan 3 orang askar Amerika kencing kearah mayat beberapa lelaki yang dipercayai pejuang Taliban. 
Didalam video 40 saat tersebut  boleh didengari askar Amerika mentertawakan mayat pejuang Taliban sebelum kencing diatas mereka. 
Salah seorang diantara askar tersebut sempat berkata "Have a good day buddy"


Pihak Pentagon hari ini mengeluarkan kenyataan yang mereka akan melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan video tersebut. Ini bukanlah skandal pertama membabitkan askar Amerika. Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kewujudan "Death Squad" yang membunuh orang awam secara rawak bagi membalas dendam rakan mereka yang mati dibunuh pihak insurgen. Selepas itu insiden askar Amerika membunuh kambing dengan kayu baseball pula tersebar dan juga kekejaman di Guantanamo Bay .




FUYOO..PELAJAR TUNGGU KEPUTUSAN SPM MATI DI SEMBELIH





 Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), C Sivaranjini, 18, dijumpai berlumuran darah dan disedari bapanya sejurus tiba di rumah mereka dekat Jalan Dataran 4/5 Taman Kempas, jam 10 pagi. Bapanya yang merupakan pengendali mesin meraung sejurus terjumpa mayat anak perempuan tunggalnya yang mati disembelih dalam rumah mereka semalam. 
Bapa berusia 42 tahun itu yang baru pulang dari tempat kerjanya di Singapura, sebelum menemui mayat Sivaranjini yang juga anak sulungnya kepada tiga beradik itu dalam keadaan berlumuran darah sejurus membuka pintu biliknya.

Ketika kejadian, mangsa tinggal bersendirian di rumah, manakala ibunya keluar bekerja di Singapura manakala dua adik lelakinya masing-masing 15 dan 16 sedang belajar di SMK Kempas. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan awal percaya suspek memasuki pintu dapur rumah itu. 

“Suspek dipercayai mengambil peluang berikutan tiada sesiapa di rumah melainkan mangsa, sebelum masuk ke dalam rumah dan mengelar leher gadis terbabit dan melarikan diri selepas mangsa rebah dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika mengesahkan pembunuhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor di sini, semalam. 

FUYOO..SENARAI TOP 5 ANUGERAH BINTANG BERITA HARIAN 2011

Lima finalis setiap 15 kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 telah diumumkan di Holiday Villa Hotel and Suite, Subang Jaya. 
Terlebih dahulu, lima lokasi Jelajah ABPBH diumumkan - SACC Mall, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari, Dataran Pahlawan pada 3 dan 4 Mac, Berjaya Megamall Kuantan pada 10 dan 11 Mac, Village Mall Sungai Petani pada 16 dan 17 Mac serta Plaza Angsana Johor Bahrui pada 24 dan 25 Mac.Lima Teratas setiap kategori diumumkan:

Penyanyi lelaki:
1 - Faizal Tahir
2 - Anuar Zain
3 - Aizat
4 - Hafiz
5 - Black 

                       Penyanyi wanita:
1 - Najwa Latif
2 - Yuna
3 - Stacy
4 - Alyah
5 - Shila Amzah 

Artis duo/berkumpulan:
1 - 6ixth Sense
2 - Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

3 - Meet Uncle Hussain/Hazama
4 - Bunkface
5 - Forteen 



Artis baru lelaki:
1 - Johan Ariff As'ari
2 - Hazama
3 - Awi Rafael
4 - Aeril Zafrel
5 - Beto Khusyairi 


Artis baru wanita:
1 - Tasha Shilla
2 - Najwa Latif
3 - Neelofa
4 - Nur Fathia
5 - Izara Aishah 


 Perlakon filem lelaki:

1 - Aaron Aziz
2 - Shaheizy Sam
3 - Adi Putra
4 - Syamsul Yusof
5 - Bront Palarae 



Pelakon filem wanita:
1 - Lisa Surihani
2 - Maya Karin
3 - Diana Danielle
4 - Yana Samsudin
5 - Eja
 Pelakon TV lelaki:

1 - Aaron Aziz
2 - Adi Putra
3 - Remy Ishak
4 - Fizz Fairuz
5 - Fauzi Nawawi 


Pelakon TV Wanita:
1-FashaSandha

2 - Tizz Zaqyah
3 - Scha Alyahya
4 - Nora Danish
5 - Rozita Che Wan 



Artis komedi lelaki:
1 - Zizan Razak
2 - Johan
3 - Nabil
4 - Along Cham
5 - Afdlin Shauki 





Artis komedi wanita:

1 - Noorkhiriah
2 - Sharifah Shahira
3 - Didie Alias
4 - Kenchana Dewi
5 - Alliza Abdullah @ Enot 




Pengacara TV lelaki:

1 - Aznil Nawawi
2 - Faizal Ismail
3 - Ally Iskandar
4 - Awal Ashaari
5 - Zizan Razak 





Pengacara TV wanita:

1 - Fara Fauzana
2 - Cheryl Samad
3 - Sharifah Shahira
4 - Raja Azura
5 - Nurul Syuhada 


Penyampai radio lelaki:

1 - Faizal Ismail
2 - Aznil Nawawi
3 - AG
4 - Halim Othman
5 - Khairil Rashid @ Krill 



Penyampai radio wanita

1 - Fara Fauzana
2 - Linda Onn
3 - Raja Azura
4 - Abby Fana
5 - Sharifah Shahira