SUPPORT PENAJA

Tuesday 7 February 2012

ADIRA AF MOHON MAAF ISU PELUK ANJING



Penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu, Adira AF8 mengakui kesilapan dan memohon maaf kerana tindakannya memeluk seekor anjing seperti di dalam gambar yang tersebar meluas di beberapa blog hiburan tempatan.
Menurut maklum balas Adira dari laporan mStar, dia berkata anjing yang dipeluk itu bukanlah miliknya sebaliknya kepunyaan ibu mertua kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.Malah, dia juga tidak tahu bagaimana gambar itu tersebar dengan cepat sedangkan gambar itu adalah simpanan peribadi milik dirinya.“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” kata Adira.Ketika ditanya tentang tindakannya yang mengundang tanggapan negatif masyarakat kepada dirinya serta tidak peka tentang hukum-hakam agama, Adira mengakui kesilapannya lebih-lebih lagi dirinya adalah selebriti yang beragama Islam.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu,” kata Adira.Adira juga menyifatkan tindakannya memeluk anjing itu kerana dia terlalu geram melihatkan aksi comel anjing itu dan menyayangi semua binatang dan makhluk ciptaan Tuhan walaupun anjing haram di sisi agama Islam.Akibat dari penyebaran gambar kontroversi itu, Adira akan lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak menyimpan gambar-gambar yang boleh mengundang aib dan kontroversi di masa akan datang.

Dengan itu, Adira berharap agar peminat-peminatnya tidak mudah menghukum dirinya sebagai artis dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan keterlaluan kerana dia juga adalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan."Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” kata Adira kesal.

MADONNA PUKAU PENONTON DI STADIUM LUCAS OIL

INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Bintang pop, Madonna tampil penuh bertenaga semasa membuat persembahan pada waktu rehat perlawanan bola sepak Amerika kelmarin.Memulakan persembahan dengan iringan barisan gladiator dan diakhiri kilauan tulisan cahaya yang merayu keamanan dunia, Madonna, 53, memukau penonton dengan persembahannya.Aksi selama 12 minit di Stadium Lucas Oil di sini yang turut menampilkan beberapa penyanyi popular sebagai undangan, mendapat reaksi positif peminat di laman perkongsian sosial Twitter.Malah, ada peminat yang mendakwa ia persembahan terbaik sepanjang sejarah liga perlawanan bola sepak Amerika atau lebih dikenali sebagai Super Bowl.


"Inilah persembahan waktu rehat sebenar," kata seorang pengguna Twitter dari Toronto, @michael sette7.Sorakan untuk Ratu Pop (Madonna) semua orang tunduk beri hormat, tunduk beri hormat!" tambahnya.Diiringi barisan gladiator yang berbadan sasa dan bersenjatakan lembing, Madonna tampil anggun bagaikan Maharani Rom dengan memakai mahkota berlian bersama but seksi paras paha.


Dia membuka tirai persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya sekitar tahun 1990-an, Vogue.Diiringi barisan penari, penyanyi itu kemudian bertukar kepada irama hip-hop untuk mendendangkan lagu popularnya pada 2008, Music.Ratu rap, Nicki Minaj dan penyanyi wanita, M.I.A. atau nama sebenarnya Mathangi Maya Arulpragasam kemudian menyertai Madonna untuk mendendangkan lagu terbarunya, Give Me All Your Luvin.

Aksi mereka diserikan dengan penampilan kumpulan sorak dalam persembahan bertemakan siri muzikal televisyen popular, Glee.M.I.A. turut mencetuskan kontroversi apabila sempat menunjukkan isyarat jari semasa dia beraksi di pentas dalam acara itu yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen NBC.

MADONNA (kanan) dan Nicki Minaj membuat persembahan semasa
waktu rehat perlawanan bola sepak Amerika di
Stadium Lucas Oil di Indianapolis kelmarin.
"Kami memohon maaf berhubung isyarat tidak sopan tadi," kata jurucakap NBC, Christopher McCloskey.Ia berlaku secara spontan dan tidak sempat ditapis," tambahnya.
Untuk lagu terakhirnya, Madonna berduet bersama penyanyi kulit hitam, Cee-Lo Green untuk mendendangkan lagu popularnya pada tahun 1989, Like A Prayer.Lagu penutup itu diiringi kilauan cahaya ribuan lampu kecil yang bergabung membentuk perkataan "keamanan dunia" dengan keadaan di stadium bertukar gelap.

Sebaik sahaja lagu berkenaan tamat, Madonna turut hilang dalam kepulan asap sekali gus menutup tirai persembahannya. - AFP

AZIMAT LULUS PERIKSA BI



KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemu

AJAL DISERET LORI SAMPAH

GOMBAK: Dua beradik dalam perjalanan bersama rakan untuk mandi di kolam renang awam di sini, terbunuh apabila motosikal ditunggangi dirempuh lori sampah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran kuil Hindu di Batu Caves, semalam.

Dentuman kuat akibat kemalangan jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan orang ramai yang menghadiri perayaan Thaipusam, gempar dan berpusu-pusu ke lokasi kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah teruk.Ketika kejadian, Farouk Norshahiran Nasharud
in, 18, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 bersama abangnya, Rizal Norshahiri, 22, dalam perjalanan ke Kompleks Sri Siantan, Taman Selayang, untuk mandi kolam bersama rakan yang turut menunggang motosikal. 

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, kedua-dua mangsa yang berada di lorong kiri laluan menuruni bukit dari arah Gombak menghala ke Kepong itu tiba-tiba dirempuh lori sampah dari belakang menyebabkan Nor Shahrizal tercampak, manakala adiknya digilis dan diseret kira-kira 30 meter.Kedua-dua mangsa yang juga anak kepada seorang pesara polis serta abang mereka pula bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

Lori berkenaan dipercayai dipandu laju kemudian merempuh sebuah lagi motosikal dinaiki sepasang suami isteri menyebabkan wanita berkenaan cedera dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor, berkata kemalangan berlaku selepas lori sampah terbabit hilang kawalan akibat kerosakan brek sebelum masuk ke laluan kiri ketika cuba mengelak sebuah lori lain sebelum merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa. 






Katanya, pemandu lori sampah berusia 51 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan, manakala mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga di Taman Koperasi Polis di sini.

FILIPINA PULA DILANDA GEMPA BUMI





MANILA: Anggota penyelamat terpaksa menggunakan tukul dan penyodok untuk mencari berpuluh-puluh orang yang terperangkap di celah bangunan runtuh, apabila gempa bumi berukuran 6.8 melanda bahagian tengah Filipina mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, manakala 40 lagi masih hilang. Datuk Bandar Negros, Ernesto Reyes berkata gempa bumi melanda selat sempit di Pulau Negros, menyebabkan tanah runtuh di Guihulngan, di bandar Negros Oriental yang dihuni 180,000 penduduk.
“Sekurang-kurang 30 buah rumah tertimbus tanah runtuh manakala 40 orang masih hilang. Keadaan sangat teruk kerana jika anda terperangkap di dalam tanah runtuh selama sejam anda tidak boleh bernafas,” katanya.Institut Gunung Berapi dan Seis-mologi Filipina mengeluarkan amaran tsunami bagi bahagian tengah pulau dan berkata bahawa gempa itu berkemungkinan mencetuskan ombak setinggi satu meter di sepanjang pantai timur pulau, begitu juga bahagian barat bandar kedua besar, Cebu.


Pusat Kajian Geologikal Amerika berkata gempa berpusat di kawasan kira-kira 72 kilometer ke utara bandar Dumaguete di Negros dan pada kedalaman 46 kilometer. Kawasan ini terletak kira-kira 650 kilometer tenggara ibu negara, Manila. Reyes berkata empat orang mati termasuk seorang pelajar kolej dan dia lagi pelajar sekolah menengah. Seorang lagi mati dalam pasar awam yang runtuh. Gempa yang berlaku kira-kira jam 11.49 pagi waktu tempatan menyebabkan satu lagi kejadian tanah runtuh di pergunungan kampung Solongon di pekan La Libertad, juga dalam Negros Oriental. Masih tidak diketuai berapa jumlah mereka yang terperangkap, kata ketua polis Inspektor Eric Arrol Besario. “Kami menggunakan penyodok dan gergaji untuk memulakan operasi penyelamat tetapi ada orang yang terperangkap di dalamnya. Sesetengah mereka menjerit meminta tolong,” kata Besario kepada AP. Tiga jambatan utama turut retak dan tidak boleh digunakan, katanya. Lima rumah buluh dan kayu dihanyutkan dari pusat peranginan pantai La Libertad oleh ombak besar tetapi tiada laporan kecederaan, kata Superintendan Polis, Ernesto Tagle.Di sepanjang pantai, orang ramai bergegas keluar dari sekolah, pasar raya dan pejabat. Pusat gempa berada paling hampir dengan Tayasan, pekan pantai di mana kira-kira 32,000 orang melarikan diri ke kawasan pergunungan di wilayah Negros Oriental. 
Ketua pejabat pertahanan Benito Ramos berkata, seorang kanak-kanak terbunuh apabila pagar konkrit di rumahnya runtuh.“Setakat ini, seorang terbunuh tetapi kita masih belum mengetahui kemusnahan harta benda,” kata pegawai polis Tayasan, Alfred Vicente Silvosa memberitahu Associated Press. Beliau berkata gegaran susulan masih berlaku, justeru mereka semua berada di luar di dataran pekan. “Kami tidak boleh memeriksa bangunan kerana ia sangat berbahaya. “Saya dapat rasakan bangunan bergegar, jadi saya bergegas keluar. Komputer, rak, pinggan dan almari serta tabung penapis air turut jatuh,” katanya.  Bangunan tingkat balai polis turut runtuh di pekan La Libertad di Negros Oriental tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Penghuni bangunan berjaya menyelamatkan diri meninggalkan bangunan. Ketua Polis Negros Oriental Edward Carranza berkata gempa itu memusnahkan banyak rumah di Guihulngan dan beliau mengarahkan orangnya membantu memindahkan mangsa ke tempat perlindungan. – AP



PELAJAR TAHFIZ BUTA AL-QURAN ?



PORT DICKSON: Mereka mengaku murid dan pelajar tahfiz ketika mengutip derma atau melakukan jualan amal kononnya untuk membiayai pelajaran. Namun apabila didesak, mereka tidak fasih membaca al-Quran, malah lebih mengejutkan ada yang tidak boleh membaca kitab suci itu walaupun berusia 14 tahun.

Itulah senario mengejutkan yang berlaku terhadap kanak-kanak dan remaja terbabit yang sebahagian besarnya anak ahli kumpulan bekas pertubuhan al-Mansur.Pertubuhan itu ada kaitan dengan ajaran Azhar Wahab yang diwartakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2003 dan lapan lagi majlis fatwa negeri.Seakan-akan kem tentera, kumpulan kanak-kanak terbabit direkrut menjadi ‘skuad elit’ bagi mengutip derma dan menagih simpati orang ramai selain dibayar RM10 seorang, menyebabkan ramai antara mereka lebih gemar keluar ‘bekerja’ berbanding mengikuti kelas pengajian al-Quran.
Perkembangan mengejutkan itu didedahkan bekas pengikut yang juga guru agama kelas al-Quran pertubuhan berkenaan.Dia pernah mengajar kumpulan kanak-kanak terbabit di bangunan rumah kedai yang disewa pertubuhan itu sejak beberapa tahun lalu.Suhaimi (bukan nama sebenar) yang kini insaf dan menjadi imam sebuah masjid di daerah ini mendakwa, dia keluar dari kumpulan itu kerana tidak tahan sikap pemimpin serta pengikut pertubuhan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

“Saya mengajar kanak-kanak terbabit mengaji al-Quran dan seterusnya mahu menjadikan mereka tahfiz, namun kecewa kerana pertubuhan itu lebih mementingkan aktiviti jualan daripada kelas mengaji. Memang mereka mengikuti kelas al-Quran selepas solat Subuh, tapi selepas itu dihantar ‘berniaga’.Kira-kira jam 9 atau 10 pagi, mereka dihantar ke pusat beli-belah, stesen minyak atau hentian rehat dan rawat (R&R) sebelum pulang antara jam 1 atau 2 pagi dalam keadaan letih. Kanak-kanak terbabit juga lebih gemar keluar menjual barangan ahli pertubuhan berbanding mengikuti kelas agama kerana mereka boleh berjalan ke sana-sini dan tidak terperap dalam kelas pengajian,” katanya.

Beliau mengulas susulan laporan Metro Ahad 29 Januari lalu yang melaporkan ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1970.Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mereka turut dibekalkan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.Suhaimi berkata, kebanyakan kanak-kanak yang diperalatkan kumpulan terbabit adalah anak ahli kumpulan itu yang pernah diharamkan kerajaan, iaitu al-Mansur dan ketika dia mengajar dulu ada juga anak orang luar tapi jumlahnya terlalu kecil.

Lebih mengecewakan, katanya, ada remaja perempuan yang diperalatkan pertubuhan itu menjadi mangsa rogol ketika menjalankan aktiviti mengutip derma dan sepanjang pengetahuannya, dua kes rogol berlaku.Tiada laporan polis dibuat kerana mereka tidak suka orang luar campur tangan tapi sepanjang pengetahuan saya, dua kes rogol berlaku dengan satu daripadanya berlaku terhadap remaja lembam,” katanya.

Suhaimi berkata, kini kebanyakan anak orang luar dari pertubuhan itu keluar dari pusat pengajian berkenaan selepas mendapat tahu mereka diperalatkan dan yang tinggal hanya anak ahli yang taksub dengan pemimpin mereka.

“Saya kenal sangat mereka, kebanyakannya bekas ahli al-Arqam tetapi apa yang diamal dan dibawakan mereka kali ini lebih teruk daripada pertubuhan itu,” katanya.
Menurutnya, dia bertemu Azhar atau SM Amin tiga kali ketika lelaki berkenaan datang ke Lukut memberi ceramah kepada ahli supaya meneruskan taat setia dan menyokong perjuangan dan kepemimpinannya. Ketika memberi ceramah, dia akan bersalam, berpeluk dan bercium dengan semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan, anak dara atau isteri orang, menyebabkan saya mula curiga dengan amalan dan perjuangan Islam yang didakwa diamalkannya. Pernah saya bertanya cerdik-pandai agama dalam pertubuhan itu tetapi dimarahi kerana mempertikaikan tindak-tanduk ‘tuanku’ mereka dan dimaklumkan semua orang tidak boleh berbuat demikian kecuali tuanku atau ayahanda mereka,” katanya.

DUIT BRM1 BOLEH DITUNTUT WALAU LEPAS TARIKH BANTUAN

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mempunyai kesulitan untuk menuntut wang bantuan pada tarikh ditetapkan seperti terkandung dalam surat pemberitahuan, dibenarkan membuat tuntutan selepas tempoh itu.Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penerima masih boleh menuntut baucar bayaran BR1M tersebut melalui pejabat daerah atau pejabat pembangunan negeri.“Mereka yang tidak hadir semasa majlis penyerahan boleh terus ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri untuk mendapatkan baucar berkenaan.


“Selain itu, bagi mereka yang lewat menerima surat pemberitahuan juga perlu mendapatkan baucar masing-masing di pejabat berkenaan sebelum menunaikannya di bank,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 27 mangsa ribut di Kampung Ulu Chemor di sini hari ini.Dalam perkembangan sama, Ahmad Husni berkata, bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, pihaknya turut menyediakan kemudahan bank bergerak di setiap majlis penyerahan baucar BR1M bagi memudahkan mereka menunaikan terus baucar berkenaan.Menurutnya, inisiatif itu dilakukan kerajaan kerana tidak mahu orang ramai yang layak menerima bantuan tersebut berdepan kesulitan untuk menunaikan baucar masing-masing.

“Terdapat kes orang ramai terutama yang berada di kawasan pedalaman menghadapi masalah pengangkutan untuk menunaikan baucar di bank yang terletak jauh.“Jadi, kita bawa bank ke sini supaya selepas dapat baucar, mereka terus pergi ke bank bergerak yang disediakan untuk menunaikan baucar masing-masing,” katanya.Sementara itu, Ahmad Husni berkata, bagi pemohon yang belum menerima surat makluman sama ada permohonan mereka ditolak atau diterima, permohonan masih dalam pertimbangan.“Jika hingga sekarang tidak ada surat penolakan, bermakna mereka berjaya,” katanya.

LEUNIEY TAMPIL NAFIKAN ADA HUBUNGAN DENGAN APEK




Seorang pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau ‘Leuniey’ hari ini tampil menafikan mempunyai hubungan dengan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.
Malah, gadis berkulit putih itu turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tonggak utama pasukan bola sepak Kelantan itu menjadi punca dia memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini
.Menurutnya, ikatan pertunangan tersebut diputuskan kerana masalah peribadi dan tidak serasi bukannya disebabkan kehadiran orang ketiga.
“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaik-baiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek,” katanya dalam sidang akhbar di butiknya di sini hari ini. Hadir sama ialah ibu bapanya Nazri Adnan, 43, dan Noor Laila Abu Bakar, 43, serta pengurus syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd. Yusof.Sebelum ini, sebuah portal berita detikperubahan.com melaporkan Khairul Fahmi kini dikatakan asyik bercinta dengan gadis manis bernama ‘Leuniey’.Kontroversi ini tercetus setelah pemilik laman sosial Twitter @MahSiH2 mendakwa Apek merupakan seorang player dan telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya sebelum ini, Dahlia Teck. 
Leuniey bersama kedua ibu bapanya ketika sidang
akhbar di butiknya, N'Touch Trade di Telipot, Kota Bharu
Dalam pada itu, Leuniey menafikan dakwaan yang dia pernah keluar atau berhubung dengan personaliti sukan terkenal negara itu. “Saya tidak pernah keluar dengan Apek, apatah lagi bercakap dengannya. Kalau ada bukti yang saya pernah keluar dengan dia, sila tunjukkan.

MAYAT WANITA DITEMUI DALAM BEG


Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dengan kesan jerut dan luka di kepala sebelum disumbat dalam sebuah beg pakai dan diletakkan di depan pintu bilik sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, malam kelmarin. Mayat berkenaan ditemui penghuni hotel jam 10.30 malam di tingkat tiga bangunan empat tingkat itu sebelum memaklumkannya kepada polis. 


Menurut sumber polis, mayat wanita warga asing berusia 30-an itu mempunyai kesan jerutan di leher dan luka di kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.Katanya, kejadian itu mungkin dilakukan teman lelaki mangsa yang kini sudah menghilangkan diri.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata polis menerima maklumat orang awam jam 11 malam memaklumkan penemuan mayat wanita disumbat di dalam beg pakaian berkenaan.Katanya, berdasarkan hasil bedah siasat mangsa mati akibat sesak nafas kesan dari jerutan di lehernya.

“Mangsa dikenali sebagai Rumiyati dan berasal dari Indonesia. Semakan kemasukan pendaftaran hotel menunjukkan mangsa memasuki hotel sejak jam 2 petang semalam.Polis mengenal pasti suspek dan usaha memburu giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Kk),” katanya.

DITETAK KERANA DISYAKI RACUN LEMBU



Hanya kerana disyaki meracun lembu ternakan milik orang lain, seorang warga emas cedera parah dibelasah empat lelaki dipercayai pemilik haiwan peliharaan berkenaan .Malah lebih kejam beliau juga ditetak oleh keempat-empat suspek tersebut.Kejadian berlaku di Kampung Wong Seng Chow, Sikamat, di sini, kelmarin apabila lelaki warga emas berusia 64 tahun itu didatangi empat lelaki bersenjatakan parang di ladang ternakan ayamnya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, salah seorang suspek berusia 60-an kemudian bertindak menyerang dan menetak di bahagian kepala, badan tangan tangan kiri mangsa dengan parang.Menurut sumber, empat lelaki terbabit mula naik berang selepas mengesyaki mangsa meracun tiga lembunya yang tiba-tiba ditemui mati.

“Empat lelaki terbabit mendakwa lembunya diracun oleh mangsa selepas melihat lembunya mati di sebuah ladang berdekatan dan mengesyaki mangsa melakukan perbuatan itu berikutan pernah berlaku perselisihan faham antara mereka.Salah seorang suspek kemudian bertindak menyerang mangsa yang ketika itu sedang bekerja di ladang ternakan ayam berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut serta panik melihat tindakan suspek turut cuba mempertahankan diri dengan menyerang salah seorang daripada mereka.Dalam pergelutan itu, salah seorang daripada mereka mengalami cedera parah di bahagian pergelangan tangan dipercayai akibat ditetak,” katanya.Difahamkan, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini oleh orang awam yang kebetulan berada tidak jauh di kawasan berkenaan serta melihat suspek diserang.

29 PELAJAR KANTOI PONTENG DIDENDA


KOTA BHARU: Seramai 29 pelajar lelaki dari beberapa sekolah menengah di jajahan ini yang ditahan kerana ponteng, semalam diarah mengikuti kaunseling dan membaca al-Quran. 

Semua pelajar terbabit ketika ditahan masih beruniform dan mereka dipercayai keluar tanpa pengetahuan sekolah, serta ada sudah membawa pakaian lain untuk menukarnya.
Kebanyakan yang ditahan dipercayai keluar untuk membeli dan menghisap rokok di tempat tersembunyi yang sering kali dijadikan `port' ponteng bersama rakan lain.
Pengarah Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang, berkata semua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di s
ini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus. 

Hussin Awang (tiga dari kanan, berdiri)
memberikan nasihat kepada 28 orang pelajar yang ditahan 

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

"Kesemua pelajar menjalani ujian air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan sama ada mereka mengambil dadah. Ibu bapa pelajar juga dipanggil untuk datang bagi melihat sendiri keadaan anak mereka supaya tahu apa yang dilakukan pelajar terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.
Hussin berkata pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.

Operasi bersepadu yang dipanggil 'Ops Ponteng" itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), AADK serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

NAK MEROMPAK TAPI TERTEMBAK KAKI SENDIRI


Seorang perompak bank telah tertembak dirinya sendiri di kaki ketika merompak disebuah bank di Brazil, mungkin baru pertama kali pegang pistol agaknya. 

Rakaman CCTV menunjukkan perompak berjalan ke dalam bank di utara Parana, Brazil, bersama-sama dengan dua lelaki bersenjata yang lain dan menuntut supaya kakitangan bank menyerahkan wang tunai.
Dan semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah seorang perompak yang mengawal di pintu gatal tangan menarik picu pistol dan tertembak kaki kanannya.Setelah selesai merompak, mereka keluar beramai-ramai dengan perompak yang tertembak kaki sendiri itu berjalan terhenjut-henjut kerana kesakitan.

AKIBAT HUTANG SANGGUP BAKAR DIRI SENDIRI


Akibat bebanan hutang seorang lelaki berumur 56 tahun terus bernekad mungkin penat nak fikir panjang lagi dah sehingga sanggup menuang petrol ke arah badan dan seterusnya membakar diri sendiri diluar sebuah bank  Piraeus di bandar utara Greek, iaitu Tessaloniki. Menurut polis tempatan ini bukan lah kali pertama dia buat keje giler ini sebaliknya percubaan kali ke 3 . Aduhai tak sakit ke kulit dan tubuh tu bang oiii.. . 

15 bulan yang lalu dia pernah melakukan perbuatan yang sama mengakibatkan beliau mengalami lecur yang agak teruk jugak ler di bahagian dada . Tindakan nekad ini disebabkan kegagalan beliau membayar balik hutang perniagaan . Nasib baik ler polis datang tolong padamkan api menggunakan alat pemadam api kalau tak konferm ler dah rentung dia kan .