SUPPORT PENAJA

Tuesday 7 February 2012

MADONNA PUKAU PENONTON DI STADIUM LUCAS OIL

INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Bintang pop, Madonna tampil penuh bertenaga semasa membuat persembahan pada waktu rehat perlawanan bola sepak Amerika kelmarin.Memulakan persembahan dengan iringan barisan gladiator dan diakhiri kilauan tulisan cahaya yang merayu keamanan dunia, Madonna, 53, memukau penonton dengan persembahannya.Aksi selama 12 minit di Stadium Lucas Oil di sini yang turut menampilkan beberapa penyanyi popular sebagai undangan, mendapat reaksi positif peminat di laman perkongsian sosial Twitter.Malah, ada peminat yang mendakwa ia persembahan terbaik sepanjang sejarah liga perlawanan bola sepak Amerika atau lebih dikenali sebagai Super Bowl.


"Inilah persembahan waktu rehat sebenar," kata seorang pengguna Twitter dari Toronto, @michael sette7.Sorakan untuk Ratu Pop (Madonna) semua orang tunduk beri hormat, tunduk beri hormat!" tambahnya.Diiringi barisan gladiator yang berbadan sasa dan bersenjatakan lembing, Madonna tampil anggun bagaikan Maharani Rom dengan memakai mahkota berlian bersama but seksi paras paha.


Dia membuka tirai persembahan dengan menyanyikan lagu popularnya sekitar tahun 1990-an, Vogue.Diiringi barisan penari, penyanyi itu kemudian bertukar kepada irama hip-hop untuk mendendangkan lagu popularnya pada 2008, Music.Ratu rap, Nicki Minaj dan penyanyi wanita, M.I.A. atau nama sebenarnya Mathangi Maya Arulpragasam kemudian menyertai Madonna untuk mendendangkan lagu terbarunya, Give Me All Your Luvin.

Aksi mereka diserikan dengan penampilan kumpulan sorak dalam persembahan bertemakan siri muzikal televisyen popular, Glee.M.I.A. turut mencetuskan kontroversi apabila sempat menunjukkan isyarat jari semasa dia beraksi di pentas dalam acara itu yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen NBC.

MADONNA (kanan) dan Nicki Minaj membuat persembahan semasa
waktu rehat perlawanan bola sepak Amerika di
Stadium Lucas Oil di Indianapolis kelmarin.
"Kami memohon maaf berhubung isyarat tidak sopan tadi," kata jurucakap NBC, Christopher McCloskey.Ia berlaku secara spontan dan tidak sempat ditapis," tambahnya.
Untuk lagu terakhirnya, Madonna berduet bersama penyanyi kulit hitam, Cee-Lo Green untuk mendendangkan lagu popularnya pada tahun 1989, Like A Prayer.Lagu penutup itu diiringi kilauan cahaya ribuan lampu kecil yang bergabung membentuk perkataan "keamanan dunia" dengan keadaan di stadium bertukar gelap.

Sebaik sahaja lagu berkenaan tamat, Madonna turut hilang dalam kepulan asap sekali gus menutup tirai persembahannya. - AFP

No comments:

Post a Comment