SUPPORT PENAJA

Tuesday 7 February 2012

DITETAK KERANA DISYAKI RACUN LEMBU



Hanya kerana disyaki meracun lembu ternakan milik orang lain, seorang warga emas cedera parah dibelasah empat lelaki dipercayai pemilik haiwan peliharaan berkenaan .Malah lebih kejam beliau juga ditetak oleh keempat-empat suspek tersebut.Kejadian berlaku di Kampung Wong Seng Chow, Sikamat, di sini, kelmarin apabila lelaki warga emas berusia 64 tahun itu didatangi empat lelaki bersenjatakan parang di ladang ternakan ayamnya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, salah seorang suspek berusia 60-an kemudian bertindak menyerang dan menetak di bahagian kepala, badan tangan tangan kiri mangsa dengan parang.Menurut sumber, empat lelaki terbabit mula naik berang selepas mengesyaki mangsa meracun tiga lembunya yang tiba-tiba ditemui mati.

“Empat lelaki terbabit mendakwa lembunya diracun oleh mangsa selepas melihat lembunya mati di sebuah ladang berdekatan dan mengesyaki mangsa melakukan perbuatan itu berikutan pernah berlaku perselisihan faham antara mereka.Salah seorang suspek kemudian bertindak menyerang mangsa yang ketika itu sedang bekerja di ladang ternakan ayam berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut serta panik melihat tindakan suspek turut cuba mempertahankan diri dengan menyerang salah seorang daripada mereka.Dalam pergelutan itu, salah seorang daripada mereka mengalami cedera parah di bahagian pergelangan tangan dipercayai akibat ditetak,” katanya.Difahamkan, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini oleh orang awam yang kebetulan berada tidak jauh di kawasan berkenaan serta melihat suspek diserang.

No comments:

Post a Comment