SUPPORT PENAJA

Tuesday 7 February 2012

LEUNIEY TAMPIL NAFIKAN ADA HUBUNGAN DENGAN APEK




Seorang pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau ‘Leuniey’ hari ini tampil menafikan mempunyai hubungan dengan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.
Malah, gadis berkulit putih itu turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tonggak utama pasukan bola sepak Kelantan itu menjadi punca dia memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini
.Menurutnya, ikatan pertunangan tersebut diputuskan kerana masalah peribadi dan tidak serasi bukannya disebabkan kehadiran orang ketiga.
“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaik-baiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek,” katanya dalam sidang akhbar di butiknya di sini hari ini. Hadir sama ialah ibu bapanya Nazri Adnan, 43, dan Noor Laila Abu Bakar, 43, serta pengurus syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd. Yusof.Sebelum ini, sebuah portal berita detikperubahan.com melaporkan Khairul Fahmi kini dikatakan asyik bercinta dengan gadis manis bernama ‘Leuniey’.Kontroversi ini tercetus setelah pemilik laman sosial Twitter @MahSiH2 mendakwa Apek merupakan seorang player dan telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya sebelum ini, Dahlia Teck. 
Leuniey bersama kedua ibu bapanya ketika sidang
akhbar di butiknya, N'Touch Trade di Telipot, Kota Bharu
Dalam pada itu, Leuniey menafikan dakwaan yang dia pernah keluar atau berhubung dengan personaliti sukan terkenal negara itu. “Saya tidak pernah keluar dengan Apek, apatah lagi bercakap dengannya. Kalau ada bukti yang saya pernah keluar dengan dia, sila tunjukkan.

No comments:

Post a Comment