SUPPORT PENAJA

Thursday 23 February 2012

ARTIS TERKENAL BOMBAY DAN KERETA


Kereta Rolls Royce Phantom  milik Amitabh Bachchan yang dihadiahkan oleh Pengarah Vidhu Vinod Chopra. 
Ajay Devgan - Toyota Celica.
Toyota Camry milik Asin

Abhishek Bachchan memandu Bentley hadiah dari ayahnya

Mitsubishi Lancer 
 Kareena Kapoor dengan SUV Lexus LX 470.
Mercedes Benz M-class
Sunil Shetty - Hummer H3
 Koena Mitra - Ford Endeavour
Kamal Hassan - Hummer H3
John Abraham -  Audi Q7
                                Shahid Kapoor - 2010 Range Rover
Shahrukh Khan - Mitsubishi pajero 
 Rani Mukerji - Mercedes Benz E-class
Salman Khan - Audi A8
Katrina Kaif - SUV Audi Q7.
 Saif Ali Khan - Range Rover
Priyanka Chopra - Porsche Cayenne
Hrithik Roshan - Mercedes Benz S-class. 

FESYEN PALING JELIK DAN PELIK DI DUNIA

















WANITA ULAR DARI AFRIKA


Nokulunga Buthelezi yang digelar "Gadis Ular " merupakan seorang gadis berusia 18 tahun yang berasal dari Afrika . Beliau telah mengejutkan para penonton dengan aksi beliau yang seakan ular sewaktu membuat persembahan di Jerman .






IKAN PELIK DAN MENAKUTKAN DITEMUI



 Seekor ikan yang kelihatan amat menakutkan dengan gigi makk aii kalau kena gigit mau terputus kaki  telah dijumpai di sebuah pulau yang tidak pasti ler plak kat mana . Sis harap bukan ler kat Malaysia . Kalau yer mau gerun ketak kaki nak g berenang kat pantai takpun bercanda-canda sepak sepak air kalau camtu . Terpikir sejenak gak ler kalau dah jumpa seekor ikan  camnie horror sure wujud lagi kaum kerabat dia yang lain kan .. Nak nengok ngeri ke idak ikan nie jomm layan pe yang Sis nak share nie .


BAKAR AL-QURAN CETUS KEMARAHAN




Tentera Amerika di Afganistan sekali lagi bersikap biadap sehingga menimbulkan kekecohan dan tunjuk perasaan di kalangan penduduk disana disebabkan tindakan keji serta keterlaluan sehingga sanggup membakar Al -Quran yang diambil dari rak sebuah perpustakaan pusat  tahanan . Atas kejadian tersebut mendorong Amerika Syarikat memohon maaf atas tindakan tenteranya itu . Pembakaran yang berlaku di pusat tahanan tersebut yang berada  bersebelahan dengan pangkalan besar askarnya di timur Afghanistan dilakukan atas alasan ia mengandungi mesej atau ungkapan bersifat ekstrim.
Rumah Putih pula bersetuju dengan pandangan pegawai tentera yang mengatakan pembakaran al-Quran dan bahan bacaan Islam lain selepas dibuang dalam timbunan sampah, adalah tidak disengajakan. Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. 
Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya. - John Allen, Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di AfghanistanNamun, lebih 2,000 penduduk Afghanistan membantah insiden di luar Pangkalan Tentera Udara Bagram yang didorong tuduhan bahawa tentera asing tidak menghormati budaya mereka dan agama Islam walaupun askar Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia berundur menjelang 2014.


Penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Pangkalan Udara Bagram, satu daripada pangkalan terbesar Amerika di Afghanistan, menjerit, ‘Mati, mati, orang asing!’ Sesetengah melepaskan tembakan raifal ke udara. Orang lain membaling batu ke arahi pintu pagar pangkalan tentera itu dan membakar tayar. 
Selain protes di Kabul, bantahan turut berlalu di Jalalabad dan lima orang maut selepas penunjuk perasaan bergaduh dengan anggota keselamatan.


Rumah Putih pula bersetuju dengan pandangan pegawai tentera yang mengatakan pembakaran al-Quran dan bahan bacaan Islam lain selepas dibuang dalam timbunan sampah, adalah tidak disengajakan. Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya. - John Allen, Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan .Namun, lebih 2,000 penduduk Afghanistan membantah insiden di luar Pangkalan Tentera Udara Bagram yang didorong tuduhan bahawa tentera asing tidak menghormati budaya mereka dan agama Islam walaupun askar Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia berundur menjelang 2014.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Pangkalan Udara Bagram, satu daripada pangkalan terbesar Amerika di Afghanistan, menjerit, ‘Mati, mati, orang asing!’ Sesetengah melepaskan tembakan raifal ke udara. Orang lain membaling batu ke arahi pintu pagar pangkalan tentera itu dan membakar tayar. 

Selain protes di Kabul, bantahan turut berlalu di Jalalabad dan lima orang maut selepas penunjuk perasaan bergaduh dengan anggota keselamatan.



Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan, Jeneral John Allen, berkata buku itu tersilap diberi kepada tentera untuk dibakar. “Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya” kata Allen.
Seorang pegawai tentera Barat yang tahu mengenai insiden itu mendakwa, al-Quran dan bacaan Islam lain dalam perpustakaan itu digunakan untuk menghasut pelampau dan tahanan di Pusat Tahanan Parwan bersebelahan Bagram, bertukar mesej keganasan selepas menggunakan bahan bacaan itu. Pegawai tentera yang enggan dikenali itu berkata beratus-ratus penerbitan termasuk al-Quran, dikeluarkan dari perpustakaan. Sesetengah penerbitan mempunyai kandungan bersifat ekstrim manakala yang lain ada mesej bertulis,” kata pegawai. Pegawai berkata dokumen itu hitam dan terbakar namun tiada satu pun daripadanya musnah sama sekali.

Rumah Putih turut memohon maaf dengan setiausaha media Jay Carney menyifatkannya ‘satu insiden malang’ yang tidak menunjukkan perasaan hormat tentera Amerika wujud kepada amalan agama rakyat Afghanistan. – AP

ADELE BUAT ISYARAT LUCAH DI ANUGERAH MUZIK


Tahun 2012 merupakan tahun bertuah buat Adele apabila dia bukan sahaja meraih enam anugerah Grammy tetapi turut merangkul dua anugerah pada Anugerah Muzik Britain.Namun, Anugerah Muzik Britain yang berlangsung kelmarin juga mengundang kontroversi buat penyanyi tersebut yang popular dengan lagu If I Die Young itu kerana dia dilihat memberi isyarat jari yang dianggap lucah.

Insiden itu berlaku apabila hos anugerah berkenaan bertindak memotong ucapan kemenangan Adele bagi memberi laluan bagi atur cara seterusnya.
"Saya memohon maaf sekiranya saya menyinggung sesiapa tetapi isyarat ini bukan ditujukan kepada peminat saya," kata Adele."Saya sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua (para hadirin) dan semua peminat saya," tambahnya.

Adele, 23, memenangi dua kategori utama Anugerah Muzik Britain iaitu Artis Solo Wanita dan Album Terbaik 2011 menerusi albumnya, 21. Anugerah Artis Solo Lelaki dimenangi Ed Sheeran yang turut merangkul trofi kategori Aksi Cemerlang manakala Coldplay pula meraih anugerah Kumpulan Britain.Penyanyi popular, Bruno Mars memenangi trofi Artis Antarabangsa Solo kategori lelaki. 

Rihanna yang membuat persembahan pada majlis itu memenangi Artis Antarabangsa Solo Wanita. Anugerah Muzik Britain yang berlangsung buat kali kedua di stadium Arena O2 di sini dihoskan oleh aktor popular Britain, James Corden. - AGENSI




KEMALANGAN KERETAPI RAGUT 49 NYAWA

 
Sekurang-kurangnya 49 maut manakala 600 cedera apabila kereta api komuter yang padat dengan penumpang melanggar dinding penghadang, , Rabu (waktu tempatan), ketika waktu puncak di Buenos Aires. 
Saksi berkata, brek kereta api itu gagal berfungsi ketika ia tiba di salah satu hentian di wilayah barat, luar Buenos Aires.
Katanya, dalam sekelip mata penumpang tercampak ke atas satu sama lain serta lantai, di mana sebahagian daripada mereka 
tidak sedarkan diri atau cedera parah.
“Malangnya kami terpaksa mengumumkan 49 terbunuh dalam kemalangan itu, termasuk kanak-kanak,” kata jurucakap polis Argentina, Nestor Rodriguez dalam sidang media di sini, hari ini. - AFP