SUPPORT PENAJA

Thursday 23 February 2012

KEMALANGAN KERETAPI RAGUT 49 NYAWA

 
Sekurang-kurangnya 49 maut manakala 600 cedera apabila kereta api komuter yang padat dengan penumpang melanggar dinding penghadang, , Rabu (waktu tempatan), ketika waktu puncak di Buenos Aires. 
Saksi berkata, brek kereta api itu gagal berfungsi ketika ia tiba di salah satu hentian di wilayah barat, luar Buenos Aires.
Katanya, dalam sekelip mata penumpang tercampak ke atas satu sama lain serta lantai, di mana sebahagian daripada mereka 
tidak sedarkan diri atau cedera parah.
“Malangnya kami terpaksa mengumumkan 49 terbunuh dalam kemalangan itu, termasuk kanak-kanak,” kata jurucakap polis Argentina, Nestor Rodriguez dalam sidang media di sini, hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment