SUPPORT PENAJA

Sunday 12 February 2012

GILA !!! ABANG BARU KELUAR PENJARA SANGGUP ROGOL ADIK

Memang kejam dan gila . Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara Rabu lalu
bukan saja tergamak merogol adiknya yang sedang haid, malah mengugut bunuh mangsa dengan menghunus pedang ke lehernya supaya tidak membocorkan onar itu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut, suspek memaksa mangsa keluar bersamanya dengan mengacukan pedang ke leher untuk mencari bapa saudara mereka di kampung itu. Namun apabila mendapati
 bapa saudara mereka tiada di rumah, suspek menarik mangsa ke belakang kediaman itu dan menolaknya sehingga jatuh serta merogol mangsa.Mangsa yang enggan membuka pakaian seperti diarah suspek, ditumbuk di perut menyebabkannya menangis kesakitan.  

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, apabila “Suspek yang berang melihat mangsa menangis mengacukan pedang dan merogolnya. Sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek bertanya mangsa yang sudah berkahwin sama ada akan melaporkan kejadian kepada polis.

“Sebaik mangsa menjawab dia akan melaporkan perkara itu, suspek mengugut membunuhnya di tempat kejadian menyebabkan mangsa ketakutan dan mengiyakan kehendak suspek supaya tidak melaporkan kejadian itu,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa berjaya melepaskan diri ketika suspek melepaskan tangannya sebelum berlari ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian dan meminta pertolongan jiran supaya menghantarnya ke tempat bapa tiri mereka sedang memancing.
“Mangsa membuat laporan polis sebelum suspek ditahan tidak lama selepas itu. Ujian awal saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin,” katanya.

SANGGUP BERHUTANG UNTUK JADI PELACUR








KUALA LUMPUR- Permintaan yang tinggi untuk khidmat seks mendorong sindiket yang menguruskan kemasukan wanita dari China mengaut keuntungan besar dengan mengenakan bayaran purata RM10,000 seorang untuk membantu mereka menjadi pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang memberi khidmat seks di Malaysia.
Sindiket tersebut mengumpul kekayaan dengan cara mudah memandangkan wanita China adalah kumpulan pelacur yang paling ramai ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh pihak polis di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Mengikut statistik Polis Bukit Aman, daripada 11,832 warga asing yang ditahan sepanjang 
tahun lalu, wanita China membentuk jumlah terbesar sebanyak 5,922 orang. Secara purata 16 orang wanita China ditangkap setiap hari.Jika kesemua wanita China itu menggunakan khidmat sindiket dan membayar RM10,000 seorang, bermakna hasil kutipan organisasi haram yang menguruskan kemasukan pelacur negara berkenaan ke Malaysia adalah sebanyak RM59.2 juta.

Menurut sumber Kosmo! Ahad, wang tersebut dibayar bagi membiayai kos penerbangan, makanan dan tempat tinggal semasa berada di Malaysia.Sebaik tiba di sini, wanita-wanita China itu akan disambut oleh ejen-ejen sindiket yang menguruskan segala keperluan termasuk mencari pelanggan.Sumber itu memberitahu, terdapat juga wanita China yang telah melangsaikan hutang kepada sindiket dan pulang ke negara asal mereka sebelum memasuki semula Malaysia secara solo.
Biarpun pihak berkuasa khususnya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa kerap melakukan operasi, kegiatan tidak bermoral itu semakin berleluasa serta menjadi penyumbang kepada masalah sosial di negara ini.


Sumber dari Kosmo Ahad

GEMPAR !!! . PENYANYI LEGENDA WHITNEY HOUSTON MENINGGAL DUNIA






Bergambar bersama anaknya 
Bobbi Kristina Brown 

Bintang pop terkenal bersuara lantang, Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia menurut satu tweet yang dikeluarkan AP press sebentar tadi. Penyanyi legenda yang berusia 48 tahun itu ditemui di biliknya di tingkat empat Beverly Hilton Hotel pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan). Punca kematian Whitney masih belum diketahui. Namun dikatakan ada dikaitkan dengan pengambilan dadah secara berlebihan .


Bakat Whitney dicungkil oleh penerbit legenda Clive Davis dan Whitney mendominasi industri muzik antarabangsa selama lebih dua dekad.

Bekas isteri Bobby Brown yang dikenali menerusi lagu I Will Always Love You meninggal dunia pada usia 48 tahun. Pernah memenangi ratusan anugerah termasuk 6 Grammy, Whitney juga telah mencatat penjualan album melebihi 170 juta seluruh dunia.

LELAKI UZBEK CUBA BUNUH OSAMA




WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki Uzbekistan yang tinggal di AS mengaku salah di mahkamah persekutuan negeri Alabama kelmarin kerana cuba membunuh Presiden Barack Obama.Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan memberitahu, Ulugbek Kodirov (gambar), ditangkap dalam satu operasi rahsia semasa dia cuba mendapatkan bahan letupan dan senjata.

Pendakwaraya AS yang mengendalikan kes berkenaan, Joyce White Vance mengucapkan terima kasih kepada komuniti Islam di Birmingham, AS, kerana membantu pihak berkuasa mematahkan ancaman Kodirov.Kodirov, 22, mengaku salah berhubung tuduhan memberikan bantuan material bagi aktiviti pengganas, mengancam membunuh Presiden AS dan memiliki senjata api oleh pendatang asing.

Dia mengaku pernah berhubung dengan "seorang individu yang dia percaya ialah anggota Pergerakan Islam Uzbekistan (IMU)," dan diarah oleh individu terbabit untuk membunuh Presiden Obama.Jabatan Negara AS menganggap IMU sebagai pertubuhan pengganas.
Kodirov juga mengaku berbincang tentang komplot tersebut dengan seorang individu lain.

Individu kedua tersebut yang identitinya tidak didedahkan Jabatan Kehakiman, memperkenalkan Kodirov kepada seorang ejen perisik AS yang menyamar, bagi membeli senjata api.Mereka bertemu di sebuah motel di Leeds, negeri Alabama pada Julai 2011. Kodirov membeli sepucuk mesingan M15-A1 dan empat bom tangan sebelum ditangkap.
Dia memasuki AS dari Uzbekistan dengan menggunakan visa pelajar pada Jun 2009. Pasportnya dibatalkan pada 2010 selepas dia gagal mendaftar di sebuah pusat pengajian tinggi AS. Pemuda itu tinggal secara haram di sebuah motel di Alabama semasa ditangkap.

Kodirov boleh dipenjara sehingga 30 tahun jika didapati bersalah atas semua tuduhan. - AFP

BUNGA-BUNGA MEKAR BILA AZAN BERKUMANDANG



Subhanallah, begitulah kebesaran ALLAH bila laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Sebuah stesen television CNN, pernah menayangkan sebuah fenomena yang menunjukkan keajaiban laungan azan. Bunga-bunga yang awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Ajerbaijan itu pun mendapat perhatian dari media Barat, semak keajaiban azan dalam video berikut ini:


BINA HOTEL 30 TINGKAT DALAM MASA 15 HARI





Hebat dan mengagumkan . Kalau sebelum ini China pernah membina hotel 15 tingkat dalam masa 6 hari saja, yang terbaru mereka telah bina hotel 30 tingkat dan 183,000 kaki persegi dalam masa 15 hari saja. Binaan tersebut iaitu Ark Hotel dibina di atas tasik Dongting, di Wilayah Hunan, oleh Broad Group, sebuah syarikat pembinaan Cina yang pakar dalam seni bina lestari.Binaan tersebut dibina untuk menahan gempa bumi magnitud 9, sebagaimana yang diuji  oleh China Academy of Building Research, yang mendakwa ini adalah lima kali lebih tahan gempa daripada bangunan konvensional.





Semua bahan pasang siap dan seksyen dibina dengan spesifikasi luar tapak, jadi terdapat pembaziran yang sangat sedikit.Pembina mengambil hanya 46 jam untuk menyelesaikan komponen utama struktur dan 90 jam lagi untuk menamatkan penutup bangunan.Semua struktur adalah kalis bunyi dan tebat-haba. Mereka juga mempunyai pemantauan kualiti udara dalam setiap bilik yang diberi masalah pencemaran di China. 

















GEMPAR !! 2 GADIS DIBURU POLIS


Polis sedang memburu dua orang gadis Melayu kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian dan pengedaran dadah.

Suspek pertama, Syazwana Rubil, 24, adalah pemegang kad pengenalan 880924-08-6228.

Alamat terakhirnya adalah di No 84, Taman Bukit Senyum, Lenggong, Perak.Dia sangat dikehendaki kerana sedang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Curi). Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Syazwana bolehlah menghubungi Sarjan Suhaimi (IPD Perak Tengah) di talian 012-5020499 atau 05-3712222.



Suspek kedua ialah Nasiha Al Sakinah Binti Kamaruzzaman berusia 20 tahun. Dia kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alamat terakhirnya ialah di Blok H-9-12, PPR Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur.Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali remaja tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Nurul Akma Kamadudin di talian 019-354 5054 / ASP Chandra Segaran Subramaniam di 012-977 7900 / Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Kuala Lumpur di talian 03-2146 0693 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Maklumat dan identiti anda akan dirahsiakan




PENYANYI CINTA MUKABUKU BELI MYVI CASH






Itulah nama nya rezeki kan . Baru meletup dengan satu lagu jer Najwa Latif penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Mukabuku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi baru-baru ini. Dasyat tu ..uolls mampu tak? Menurut suatu sumber terdekat, paling membanggakan apabila penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor itu telah membeli kereta buatan Malaysia itu secara tunai kerana pendapatannya sebagai penyanyi yang datang mencurah-curah ekoran populariti lagu tersebut. 
“Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di 
merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku ‘meletup’ dalam radio dan televisyen.
“Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk. 
“Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara), Shah Alam, Selangor. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru,” kata sumber itu panjang lebar.
Pemberi maklumat yang enggan dikenali itu ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini di mana lagu Cinta Mukabuku nyanyian dan ciptaan Najwa merupakan salah satu finalis dalam pertandingan anjuran TV3 itu

AKSI GANAS SITI NURHALIZA PEGANG SENJATA M16


Kalaulah orang lain atau askar biasa yang memegang M 16, mungkin ianya kelihatan seperti gambar biasa sahajakan. Namun apabila selebriti seperti Dato Siti Nurhaliza memegang M 16 dalam uniform tenteranya, ianya merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat beliau. Kekakangan masa dengan pelbagai aktiviti serta keluarga tidak pernah melunturkan semangat beliau untuk menghadiri latihan menembak di Kem Perdana Sungai Besi melibatkan Platun Seni Askar Wataniah .Selain dari Siti Nurhaliza selebriti lain yang turut mengikut jejaknya antaranya Norliana Samsudin, Mon Ryanti, Kamil Faridz dan Epy Raja Lawak .


Latihan menembak ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang terkandung dalam modul latihan mereka. So nak tengok cmner hebatnya aksi Siti dan geng pegang senjata jom layan gambar-gambar yang Sis kongsi kat sini . Apapun tahniah buat Siti kerana berani menyahut cabaran. Kepada yang berminat, janganlah malu nak join, teruskan mendaftar diri dengan askar wataniah. Moga-moga ada sedikit jasa dan peranan kita di situ dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.








SUSULAN KONTROVERSI DANG SURIA BUAT PENJELASAN


Rentetan daripada kontroversi akibat dari kelantangan Dang Suria Zainordin semasa ujibakat rancangan “On Air” yang lalu dikatakan memberi kritikan pedas sehingga mengaibkan peserta dalam uji bakat tersebut,telah melahirkankan rasa tidak puas hati oleh segelintir pihak dan ada juga yang menganggap kritikan itu terlalu kejam dan biadap disebabkan Dang Suria mengaitkan dengan paras rupa dan fizikal peserta yang menghadiri uji bakat itu.Impaknya Dang Suria menjadi bahan perbualan panas di internet menerusi laman blog hiburan mahupun laman sosial facebook,Ekoran itu Dang Suria tampil menjelaskan situasi sebenar di portal berita mstarOnline

Namun Dang Suria memberi penjelasan bahawa , apa yang telah ditonton di televisyen menerusi saluran Astro Ria tidak seperti yang terjadi ketika uji bakat berlangsung sebaliknya ia banyak disunting bagi meraih rating penonton.

“Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu,” selorohnya.
Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar, Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.“Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.

“Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga,” tegasnya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

10 AMALAN YANG MEROSAKKAN OTAK

Otak adalah antara organ yang terpenting dalam badan kita .Otak yang sihat menjadikan kita manusia yang mempunyai pemikiran yang bijak serta cergas dalam menjalani kehidupan seharian  . Namun kadang kala pernah tak uolls ada certain hari tu uolls rasa cam tak bermaya je . Otak dan pikiran tertiber cam bengap jer .Sure pernah kan . Nak tau sebab pe tak .Nie ler antara sebab nya .. Jom kiter kaji sesamer manale tau pasnie yang mana rasa dirinya cam bengap dan mudah lupa tu leh ler elak memana yang memudaratkan ..Moga otak kita sume akan bertambah power kan .


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita..

PAKSA ANAK MAKAN NAJIS SEBAGAI HUKUMAN


Kejam sungguh kan kalau nak hukum dan nak ajar anak pun biarlah bertempat skit. Nie tidak hanya disebabkan kesalahan kecik yang tidak disengajakan seorang lelaki sanggup memaksa anak kandungnya makan najis .Kejadian tersebut berlaku di China . Atas tindakan tersebut manusia yang rasanya tak layak dipanggil bapa itu telah ditahan polis selepas dia memaksa anak perempuannya yang berusia 10 tahun memakan najis hanya semata-mata kerana budak berkenaan tidak mematuhi peraturannya.Dalam kejadian berkenaan, lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu mengarahkan anaknya itu menyusun surat khabar namun dia secara tidak sengaja menjatuhkan surat khabar berkenaan.
Kerana takut selepas dimarahi bapanya, budak tersebut menangis namun tangisannya telah menyebabkan lelaki berkenaan berang lalu dia memasuki tandas awam di pasar berkenaan.

“Dia kemudiannya keluar membawa najis dan telah melumurkan najis itu ke muka anaknya dan turut menyumbat ke dalam mulutnya walaupun budak perempuan itu ketakutan.Lelaki itu turut menyoal anaknya “adakah najis ini manis? adakah kamu suka? Adakah kamu akan mendengar kataku atau tidak,” lapor akhbar Qianjiang Evening News.

Orang ramai yang berada di pasar itu bagaimanapun tidak berani untuk menghalang lelaki itu kerana bimbang terkena najis berkenaan, namun mereka menghubungi polis.Dalam pada itu, jurucakap polis memaklumkan lelaki berkenaan yang memiliki ijazah daripada sebuah kolej telah bercerai dan mengalami masalah psikologi.Dia pernah mendera anaknya sebelum ini.“Ketika ini, pihak berkuasa sedang berhubung dengan ibu budak tersebut dan dalam masa sama siasatan diteruskan,” katanya.