SUPPORT PENAJA

Sunday 12 February 2012

SUSULAN KONTROVERSI DANG SURIA BUAT PENJELASAN


Rentetan daripada kontroversi akibat dari kelantangan Dang Suria Zainordin semasa ujibakat rancangan “On Air” yang lalu dikatakan memberi kritikan pedas sehingga mengaibkan peserta dalam uji bakat tersebut,telah melahirkankan rasa tidak puas hati oleh segelintir pihak dan ada juga yang menganggap kritikan itu terlalu kejam dan biadap disebabkan Dang Suria mengaitkan dengan paras rupa dan fizikal peserta yang menghadiri uji bakat itu.Impaknya Dang Suria menjadi bahan perbualan panas di internet menerusi laman blog hiburan mahupun laman sosial facebook,Ekoran itu Dang Suria tampil menjelaskan situasi sebenar di portal berita mstarOnline

Namun Dang Suria memberi penjelasan bahawa , apa yang telah ditonton di televisyen menerusi saluran Astro Ria tidak seperti yang terjadi ketika uji bakat berlangsung sebaliknya ia banyak disunting bagi meraih rating penonton.

“Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu,” selorohnya.
Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar, Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.“Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.

“Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga,” tegasnya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

No comments:

Post a Comment