SUPPORT PENAJA

Tuesday 13 March 2012

SEJUTA PENGGUNA BAKAL TERJEJAS



Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam bermula pukul 8 pagi esok hingga pukul 8 malam Khamis ini.Gangguan bekalan air tersebut membabitkan para pengguna di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat. Ia berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor bermula esok.


LRA SSP1 membekalkan sebanyak 840 juta liter sehari (JLH) ke tujuh kawasan termasuk Gombak dan Kuala Selangor serta kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang, kawasan perindustrian Bukit Raja, Istana Diraja Klang, hospital dan kawasan yang lain. 

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som (gambar kecil) berkata, kerja penyelenggaraan tersebut meliputi penggantian Sluice Valve bersaiz 800 milimeter bagi pam nombor tujuh di Rumah Pam Air Mentah (RPAM) loji tersebut dan penggantian Delivery Sluice Valve bersaiz 1,350 milimeter di pam sama.

TRAGEDI FERI KARAM DI BANGLADESH RAGUT BANYAK NYAWA




Sekurang-kurangnya 150 orang dilaporkan hilang selepas sebuah feri yang membawa 200 penumpang karam di Bangladesh pagi tadi dengan 35 daripada mangsa sudah ditemui. Ketua Polis Dhaka, Shahidul Islam, berkata feri dua tingkat yang dinamakan Shariatpur 1 itu dilanggar kapal lain di tengah-tengah Sungai Meghna, tenggara ibu negara itu. "Kira-kira 35 penumpang diselamatkan oleh feri lain, tapi lebih 150 penumpang lagi masih belum ditemui,” katanya sambil menambah bot penyelamat dihantar ke tempat kejadian bagi mengesan kapal yang tenggelam itu.

Pasukan penyelamat, bomba dan polis juga digegaskan ke tempat kejadian selepas mendapat laporan mengenai nahas itu jam 2.30 pagi (waktu tempatan). - AFP


IBU NURUL PENGSAN KETAHUI DIRANG DIBUNUH DAN DIBAKAR




Ibu kanak-kanak hilang 1 Mac lepas, Roselyn Alan, 25, pengsan seketika sebaik dihubungi pihak polis yang mengesahkan rangka yang temui Khamis lalu adalah anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali sebagai Dirang.

Roselyn yang menangis tidak berhenti lebih sejam selepas menerima panggilan dari pihak polis kira-kira jam 6.40 petang tadi meraung sambil berkata, “kenapa kasi mati anak aku..!!!"
Usaha menemu bual Roselyn gagal apabila dia menangis tidak berhenti. Begitu juga dengan bapa tiri mangsa, Lima Medeng, 25, yang enggan ditemu bual ekoran masih terkejut. Nenek mangsa, Milnah Jul, 56, berkata, dia dihubungi Roselyn yang ketika itu berada di bawah blok Flet Seri Delima Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini selepas keluar mencari Dirang.

“Roselyn hubungi saya sambil menangis memberitahu polis mengesahkan rangka yang ditemui adalah Dirang.“Saya terkejut dan tidak menyangka rangka itu adalah Dirang kerana sebelum ini kami sekeluarga lega selepas dimaklumkan polis bahawa rangka yang ditemui adalah rangka orang dewasa,” katanya.

PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang
 sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.

Suasana sedih menyelubungi kediaman mangsa apabila ahli keluarga dan jiran tetangga yang hadir turut menangisi pemergian Dirang yang ditemui dalam keadaan menyedihkan.Jirannya, Noridah Juliri, 44, berkata, kehilangan Dirang yang dianggap seperti anak sendiri turut meresahkannya sekeluarga kerana keluarga yang dikenali sejak lebih 10 tahun itu seperti keluarganya sendiri. Menurutnya, Roselyn dilihat tidak senang duduk sehingga mengabaikan anak bongsunya, Ainul Suhada Abdullah, dua bulan, sejak kehilangan Dirang 1 Mac lepas.

“Saya terguris dan tidak lalu makan sehingga sama-sama masuk ke ladang kelapa sawit mencari Dirang, apatah lagi ibu yang mengandungkannya tentu risau. “Berita ini benar-benar menyedihkan kami sekeluarga kerana Dirang sudah seperti anak saya sendiri,” katanya.

Seorang lagi jiran, Merlinda Budin, 22, berkata, sebelum rangka ditemui Khamis lepas, dia bermimpikan Dirang berjalan dalam api. “Saya bermimpi Dirang berjalan dalam api sambil berteriak ‘Mak cik.. tolong ambil saya...’“Saya sangat sedih dan tidak menyangka mimpi itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

SENI KRETIF MENGGUNAKAN LALAT MATI


Mudah, kreatif dan sangat melucukan itulah yang di maksudkan terhadap hasil dari galeri  jurugambar Sweden Magnus Muhr . Walaupun menggunakan lalat sebagai model namun hasil tetap mengagumkan . Cuteeeee sangattt .. !!!


POLIS SAHKAN RANGKA YANG DITEMUI MILIK NURUL NADIRAH


Mengapa semakin kejam dan semakin ramai manusia berhati binatang bertopengkan syaitan sekarang ini sehinggakan kanak-kanak sekecik itu pun sanggup dibunuh kemudiannya dibakar tanpa belas kasihan . Apakah salah serta dosa si kecik itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa . Namun itulah suratan serta takdir yang perlu dipikul keluarga malang kepada empunya diri insan suci bernama Nurul Nadirah Abdullah yang cerita kehilangan nya pernah Sis kongsikan di blog ini . Perlakuan kejam ini disahkan selepas rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai yang ditemui Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan .Disini Sis ingin menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga , saudara mara serta sahabat handai kepada kanak-kanak malang tersebut dan diharapkan bersabar dengan dugaan yang menimpa . Diharap juga semoga si pembunuh akan segera ditangkap dan di hukum dengan sekeras-kerasnya . Sis harap kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Buat ibu-bapa berhati-hati lah . Berilah lebih perhatian dan tumpuan terhadap anak-anak anda . Sebab anak-anak terlalu naif untuk mengetahui bahawa bahaya sentiasa di sekeliling mereka. Al-Fatihah ..