Kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air besar-besaran selama 36 jam bermula pukul 8 pagi esok hingga pukul 8 malam Khamis ini.Gangguan bekalan air tersebut membabitkan para pengguna di daerah Klang, Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat. Ia berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) di Ijok, Kuala Selangor bermula esok.
LRA SSP1 membekalkan sebanyak 840 juta liter sehari (JLH) ke tujuh kawasan termasuk Gombak dan Kuala Selangor serta kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang, kawasan perindustrian Bukit Raja, Istana Diraja Klang, hospital dan kawasan yang lain.

No comments:
Post a Comment