SUPPORT PENAJA

Sunday 8 January 2012

FUYOO.. JUARA MASTERCHEF MALAYSIA






Ezani Ialah Juara Masterchef Malaysia Yang Pertama 


Setelah hampir berbulan-bulan lamanya, sebentar tadi Ezani 26 tahun  yang berasal dari Kajang telah pun dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama. Ezani, 26 tahun merupakan seorang doktor gigi telah mendapat 7% lebih banyak markah daripada Wahidan, 42 tahun yang berasal dari Sabah.
Dengan kemenangan ini, Ezani membawa pulang RM100,000 dan berpeluang untuk menerbitkan sebuah buku resipi miliknya di masa hadapan.  Apa-apa pun, tahniah kepada Ezani.

Maklumat Ezani Masterchef


Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikagumi oleh Ezani, meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Sedari kecil, Ezani sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan.
Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi cara masakannya.


Melihat keghairahan Chef Wan dan Jamie Oliver dalam pembikinan apa jua jenis masakan di kaca TV amat dikagumi oleh Ezani. Ini menjadikan mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Masakan segar dan sihat yang disediakan oleh kedua-dua chef ini juga membakar lagi semangat Ezani berusaha lebih lagi untuk mendalami bidang masakan.
Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau tidak kepada keluarga tercinta.
Menguruskan perniagaan katering sendiri merupakan impian Ezani yang masih belum tercapai. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam penggayaan makanan atau “food styling” dan bidang fotografi.







FUYOO.. BEKAS POLIS ZAMAN DARURAT DAPAT HABUAN


Lebih 70,000 bekas anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat bakal menerima sagu hati khas RM3,000, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam.
Beliau berkata, bekas anggota polis yang berkhidmat antara 1948 hingga 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak perlu menghubungi kementerian bagi membolehkan pembayaran sagu hati dibuat kepada mereka selepas permohonan lengkap dikemukakan.
“Pembayaran sagu hati khas itu sudah boleh dilaksanakan. Pembayaran ini akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout /Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC),” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Beliau berkata, bagi anggota yang sudah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti, tetapi permohonan perlu disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat. 


Katanya, mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan dan permohonan dengan memuat turun borang dari laman web www.moha.gov.my atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian 03-88868583, 03-88868193, 03-88868584 atau 03-88868000. 


Ketika pembentangan Bajet 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian sumbangan RM3,000 secara one off kepada setiap bekas anggota polis khas dan polis tambahan serta duda atau balu mereka yang berkhidmat ketika zaman darurat. 


Petikan dari akbar Berita Harian
Ahad , 08 Januari 2012

FUYOO..DATUK DR.HASSAN ALI DIPECAT


PAS dalam mesyuarat yang diadakan hari ini memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali daripada parti, berkuatkuasa serta merta.

“Selepas mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Dr Hasan adalah EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor.


Petikan dari akhbar Berita Harian 
08/01/2012


Hasan tenang terima berita dipecat.

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali tenang ketika menerima berita pemecatan beliau dari parti itu petang ini.
Pegawainya memberitahu Sinar Harian Online bahawa bagaimanapun beliau masih belum menerima surat rasmi mengenai keputusan pemecatan berkenaan.


Ketika ditanya reaksi Exco Kerajaan Negeri selangor itu sebaik mengetahui beliau dipecat, pegawai berkenaan berkata, "semuanya OK."
"Datuk OK, dia tenang saja bila dapat tahu dia dipecat dari keahlian Pas. Datuk akan adakan sidang media khas mengenai pemecatan beliau dalam sehari dua ini," kata pegawai berkenaan.


Pegawai berkenaan yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, Hasan, 65, mengetahui mengenai pemecatan beliau pada mulanya melalui panggilan telefon daripada rakan-rakan terdekat, laporan berita portal dan juga beberapa laman blog.


Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia, yang pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama tiga penggal dipecat sebagai ahli Pas serta-merta hari ini.


Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat.
Pengumuman mengenai pemecatan beliau dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Kata Abdul Hadi, beliau dipecat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja Pas pusat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.
"Pas pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.


"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas," demikian menurut Hadi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media hari ini.



Petikan dari akbar SinarHarian  
Ahad , 08 Januari 2012




Hasan Ali sedih perjuangan dibalas dengan pemecatan

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa PAS Pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini. 


Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, berkata beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.
"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.
"Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. 


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily, hari ini berkata keputusan memecat Dr Hasan dibuat pada mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti. 




Petikan dari akhbar Berita Harian 
08/01/2012



FUYOO ..PERHIMPUNAN KEMPEN BEBAS ANWAR




Semua dah tau mengenai  Kempen bebas Anwar pada 9 Januari 2012 atau Bersih 2.0 .  Perhimpunan yang katanya aman ini akan menjadi satu solidariti bersama untuk memberi sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.  9 Januari 2011 adalah hari Mahkamah Tinggi di Jalan Duta membuat keputusan untuk kes liwat II Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari. Keputusan akan menjadi tanda tanya samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah atau tidak atas tuduhan meliwat bekas pembantu nya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 3 tahun lepas. Perhimpunan Aman mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011 .Banyak pihak yang marah-marah , ada juga yang menyokong . tadi masa saya balik, saya perasan satu poster Perhimpunan Bebas Sex 901 ada gambar Anwar Ibrahim. Dah jadi lain dah. Akhirnya hari ini Polis bagi green light kat mereka tapi, mereka kene berhimpun di Parking Area dekat Mahkamah Jalan Duta dengan syarat.Sebelum ini, pihak kerajaan dah bagi warning pada student-student dan cikgu-cikgu untuk tidak turut serta di dalam perhimpunan ini dan sesiapa yang dipati turut serta, bakal di ambil tindakan. tak pasti la macam mane nak cakap eh, tapi itu hak individu masing-masing. Yup mereka ingin membuat satu perhimpunan aman yang tiada sebarang unsur provokasi kepada public, tapi dengan adanya provokasi, maka perhimpunan itu dah jadi tak aman.
Macam Perhimpunan Bersih yang pertama dahulu dan perhimpunan bersih july tahun lepas. Saya pasti pihak-pihak berkuasa bakal menunjukkan kuasa pada perhimpunan ini.

Syarat-Syarat dan Panduan Perhimpunan Awam 901 Kempen Bebas Anwar 9 Januari 2012
* Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
* Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
* Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
* Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
* Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
* Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.
* Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
* Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
* Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
* Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

 Kempen Bebas Anwar 901 : Polis Bagi Amaran!!

Walaubagaimanapun, pihak polis telah pun memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak & individu supaya tidak terlibat dengan perhimpunan “Bebas Anwar 901″. Pihak polis mendapati ada : Penulis blog mengajak pembaca menyertai perhimpunan “Bebas Anwar 901″ ini. Banyak banner & bunting yang digantung di tempat awam
Mesej-mesej daripada laman media sosial seperti twitter mahupun facebook
Dalam pada masa yang sama pihak polis juga telah menerima 168  laporan polis di seluruh negara daripada pelbagai pihak. Kata polis berdasarkan laporan yang dibuat, ia boleh dikatakan suara majoriti membantah dan tidak menyokong kempen mengadakan perhimpuan “Bebas Anwar 901” ini.
Dipendekkan cerita polis tidak suka perhimpunan “Bebas Anwar 901″ diadakan. 

Patuhi semua peraturan: KPN
KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan penganjur perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta, di sini esok supaya mematuhi 10 syarat yang dipersetujui dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, kelmarin.  Antara syarat termasuk peserta mesti berada dalam kawasan ditetapkan dan bersurai jika peserta melimpah ke luar kawasan, tidak membawa risalah dan kain rentang ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’, larangan pengucapan awam dan hanya dua pembesar suara ‘loud-hailer’ dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata beliau terpaksa membuat kenyataan itu kerana sudah ada tanda-tanda cubaan menghasut oleh pihak tertentu melalui laman sosial yang seolah-olah mahu memainkan sentimen kebencian dan menimbulkan kekecohan. Katanya, dalam pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur itu, Mohamed Azmin sudah dimaklumkan syarat perhimpunan di kawasan letak kereta awam kompleks yang boleh memuatkan 4,000 hingga 5,000 peserta. Selain Mohamed Azmin, empat pemimpin PKR yang hadir adalah Naib Presiden, N Surendran; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi, Mohd Rafizi Ramli.
Ismail berkata, polis bersetuju memberi kebenaran atas semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen tahun lalu, selain mahu membawa perubahan dalam negara sesuai dengan perkembangan semasa.“Namun, penganjur perlu bertanggungjawab terhadap perhimpunan dengan memastikan setiap undang-undang dan peraturan dipatuhi, selaras akta berkenaan.Ramai yang tidak bersetuju apabila polis memberi kebenaran, tetapi atas semangat akta berkenaan, kita benarkan mereka berkumpul.“Kebenaran itu bagi memberi peluang kepada semua sama ada polis dan rakyat berubah. Ia dibuat berdasarkan perkembangan dalam dan luar negara. Tetapi, jangan pula salah gunakan kebenaran itu,” katanya dalam taklimat media, di Bukit Aman semalam.Bagaimanapun, Mohamed Azmin dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, pihaknya menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur dalam pertemuan kelmarin, tetapi tidak menyentuh mengenai sekatan yangdiumumkan polis selepas itu.Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron dalam Twitternya berkata, ‘PKR setuju adakan perhimpunan di pakir kereta mahkamah tetapi tolak 10 syarat baru polis’ dan ‘para pejuang juga sudah bersedia’. 

Anwar 901: Hanya kumpulan Azmin 
komited hadir
Petikan dari Utusan Malaysia 08/01/2012 12:30pm
 KUALA LUMPUR - Perhimpunan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirancang diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini esok dipercayai hanya akan disertai oleh kumpulan penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali. Menurut sumber PKR, hanya mereka yang menyokong Azmin begitu komited untuk menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 itu. Ekoran itu difahamkan, penganjur perhimpunan tersebut kini bertungkus lumus untuk memujuk para penyokong dan ahli Pas bagi menyertai perhimpunan berkenaan.Difahamkan penyokong Pas juga keberatan menyertai perhimpunan tersebut kerana beranggapan ia lebih kepada isu moral Ketua Pembangkang itu yang menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Malah seorang pemimpin Pas berkata, sokongan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak jelas kerana ia bukan bersifat arahan."Sokongan Abdul Hadi dilihat sekadar pandangan peribadi bagi menampakkan permuafakatan pembangkang tetapi beliau sendiri tidak mengeluarkan arahan kepada ahli parti."Kami tidak melihat perhimpunan itu sebagai sesuatu yang mempunyai significant untuk kepentingan pembangkang,'' katanya. 


FUYOO ..PEMBACA BERITA TERSASUL





Berita yang amat hangat diperkatakan kini berkenaan seorang pemberita berita tv3 Nur Jamalina Mohd Jamali tersasul menyebut Anwar sebagai PM Malaysia .
Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks iaitu di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini. Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, namun wajahnya mula dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3. Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia
Namun Nur Jamalina atau Jay bagaimanapun meminta maaf kepada semua penonton rakyat Malaysia melalui laman twitter beliau . 
Adatlah kan. Nama pun manusia. Tersasul , tersilap kata dan perbuatan itu perkara biasalah kan. Saper2 pun pernah ada buat silap..termasuk diri kita sendiri. Bak kata pepatah ada menyatakan " NOBODY IS PERFECT "  . Just harapan saya janganlah ada sebarang  tindakan diambil  disebabkan kesilapan beliau tersebut .. Siannnn dia kan !!!!! .
By the Way ... All the best buat Nur Jamalina ..