SUPPORT PENAJA

Sunday 8 January 2012

FUYOO..DATUK DR.HASSAN ALI DIPECAT


PAS dalam mesyuarat yang diadakan hari ini memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali daripada parti, berkuatkuasa serta merta.

“Selepas mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Dr Hasan adalah EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor.


Petikan dari akhbar Berita Harian 
08/01/2012


Hasan tenang terima berita dipecat.

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali tenang ketika menerima berita pemecatan beliau dari parti itu petang ini.
Pegawainya memberitahu Sinar Harian Online bahawa bagaimanapun beliau masih belum menerima surat rasmi mengenai keputusan pemecatan berkenaan.


Ketika ditanya reaksi Exco Kerajaan Negeri selangor itu sebaik mengetahui beliau dipecat, pegawai berkenaan berkata, "semuanya OK."
"Datuk OK, dia tenang saja bila dapat tahu dia dipecat dari keahlian Pas. Datuk akan adakan sidang media khas mengenai pemecatan beliau dalam sehari dua ini," kata pegawai berkenaan.


Pegawai berkenaan yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, Hasan, 65, mengetahui mengenai pemecatan beliau pada mulanya melalui panggilan telefon daripada rakan-rakan terdekat, laporan berita portal dan juga beberapa laman blog.


Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia, yang pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama tiga penggal dipecat sebagai ahli Pas serta-merta hari ini.


Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat.
Pengumuman mengenai pemecatan beliau dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Kata Abdul Hadi, beliau dipecat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja Pas pusat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.
"Pas pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.


"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas," demikian menurut Hadi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media hari ini.



Petikan dari akbar SinarHarian  
Ahad , 08 Januari 2012




Hasan Ali sedih perjuangan dibalas dengan pemecatan

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa PAS Pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini. 


Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, berkata beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.
"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.
"Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. 


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily, hari ini berkata keputusan memecat Dr Hasan dibuat pada mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti. 




Petikan dari akhbar Berita Harian 
08/01/2012



No comments:

Post a Comment