SUPPORT PENAJA

Sunday 8 January 2012

FUYOO.. BEKAS POLIS ZAMAN DARURAT DAPAT HABUAN


Lebih 70,000 bekas anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat bakal menerima sagu hati khas RM3,000, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam.
Beliau berkata, bekas anggota polis yang berkhidmat antara 1948 hingga 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak perlu menghubungi kementerian bagi membolehkan pembayaran sagu hati dibuat kepada mereka selepas permohonan lengkap dikemukakan.
“Pembayaran sagu hati khas itu sudah boleh dilaksanakan. Pembayaran ini akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout /Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC),” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Beliau berkata, bagi anggota yang sudah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti, tetapi permohonan perlu disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan ketua kampung atau ketua polis di balai terdekat. 


Katanya, mereka yang layak boleh mengemukakan tuntutan dan permohonan dengan memuat turun borang dari laman web www.moha.gov.my atau menghubungi Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP) di talian 03-88868583, 03-88868193, 03-88868584 atau 03-88868000. 


Ketika pembentangan Bajet 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian sumbangan RM3,000 secara one off kepada setiap bekas anggota polis khas dan polis tambahan serta duda atau balu mereka yang berkhidmat ketika zaman darurat. 


Petikan dari akbar Berita Harian
Ahad , 08 Januari 2012

No comments:

Post a Comment