SUPPORT PENAJA

Sunday 8 January 2012

FUYOO ..PERHIMPUNAN KEMPEN BEBAS ANWAR




Semua dah tau mengenai  Kempen bebas Anwar pada 9 Januari 2012 atau Bersih 2.0 .  Perhimpunan yang katanya aman ini akan menjadi satu solidariti bersama untuk memberi sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.  9 Januari 2011 adalah hari Mahkamah Tinggi di Jalan Duta membuat keputusan untuk kes liwat II Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari. Keputusan akan menjadi tanda tanya samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah atau tidak atas tuduhan meliwat bekas pembantu nya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 3 tahun lepas. Perhimpunan Aman mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011 .Banyak pihak yang marah-marah , ada juga yang menyokong . tadi masa saya balik, saya perasan satu poster Perhimpunan Bebas Sex 901 ada gambar Anwar Ibrahim. Dah jadi lain dah. Akhirnya hari ini Polis bagi green light kat mereka tapi, mereka kene berhimpun di Parking Area dekat Mahkamah Jalan Duta dengan syarat.Sebelum ini, pihak kerajaan dah bagi warning pada student-student dan cikgu-cikgu untuk tidak turut serta di dalam perhimpunan ini dan sesiapa yang dipati turut serta, bakal di ambil tindakan. tak pasti la macam mane nak cakap eh, tapi itu hak individu masing-masing. Yup mereka ingin membuat satu perhimpunan aman yang tiada sebarang unsur provokasi kepada public, tapi dengan adanya provokasi, maka perhimpunan itu dah jadi tak aman.
Macam Perhimpunan Bersih yang pertama dahulu dan perhimpunan bersih july tahun lepas. Saya pasti pihak-pihak berkuasa bakal menunjukkan kuasa pada perhimpunan ini.

Syarat-Syarat dan Panduan Perhimpunan Awam 901 Kempen Bebas Anwar 9 Januari 2012
* Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
* Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
* Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
* Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
* Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
* Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.
* Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
* Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
* Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
* Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

 Kempen Bebas Anwar 901 : Polis Bagi Amaran!!

Walaubagaimanapun, pihak polis telah pun memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak & individu supaya tidak terlibat dengan perhimpunan “Bebas Anwar 901″. Pihak polis mendapati ada : Penulis blog mengajak pembaca menyertai perhimpunan “Bebas Anwar 901″ ini. Banyak banner & bunting yang digantung di tempat awam
Mesej-mesej daripada laman media sosial seperti twitter mahupun facebook
Dalam pada masa yang sama pihak polis juga telah menerima 168  laporan polis di seluruh negara daripada pelbagai pihak. Kata polis berdasarkan laporan yang dibuat, ia boleh dikatakan suara majoriti membantah dan tidak menyokong kempen mengadakan perhimpuan “Bebas Anwar 901” ini.
Dipendekkan cerita polis tidak suka perhimpunan “Bebas Anwar 901″ diadakan. 

Patuhi semua peraturan: KPN
KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan penganjur perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta, di sini esok supaya mematuhi 10 syarat yang dipersetujui dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, kelmarin.  Antara syarat termasuk peserta mesti berada dalam kawasan ditetapkan dan bersurai jika peserta melimpah ke luar kawasan, tidak membawa risalah dan kain rentang ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’, larangan pengucapan awam dan hanya dua pembesar suara ‘loud-hailer’ dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata beliau terpaksa membuat kenyataan itu kerana sudah ada tanda-tanda cubaan menghasut oleh pihak tertentu melalui laman sosial yang seolah-olah mahu memainkan sentimen kebencian dan menimbulkan kekecohan. Katanya, dalam pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur itu, Mohamed Azmin sudah dimaklumkan syarat perhimpunan di kawasan letak kereta awam kompleks yang boleh memuatkan 4,000 hingga 5,000 peserta. Selain Mohamed Azmin, empat pemimpin PKR yang hadir adalah Naib Presiden, N Surendran; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi, Mohd Rafizi Ramli.
Ismail berkata, polis bersetuju memberi kebenaran atas semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen tahun lalu, selain mahu membawa perubahan dalam negara sesuai dengan perkembangan semasa.“Namun, penganjur perlu bertanggungjawab terhadap perhimpunan dengan memastikan setiap undang-undang dan peraturan dipatuhi, selaras akta berkenaan.Ramai yang tidak bersetuju apabila polis memberi kebenaran, tetapi atas semangat akta berkenaan, kita benarkan mereka berkumpul.“Kebenaran itu bagi memberi peluang kepada semua sama ada polis dan rakyat berubah. Ia dibuat berdasarkan perkembangan dalam dan luar negara. Tetapi, jangan pula salah gunakan kebenaran itu,” katanya dalam taklimat media, di Bukit Aman semalam.Bagaimanapun, Mohamed Azmin dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, pihaknya menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur dalam pertemuan kelmarin, tetapi tidak menyentuh mengenai sekatan yangdiumumkan polis selepas itu.Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron dalam Twitternya berkata, ‘PKR setuju adakan perhimpunan di pakir kereta mahkamah tetapi tolak 10 syarat baru polis’ dan ‘para pejuang juga sudah bersedia’. 

Anwar 901: Hanya kumpulan Azmin 
komited hadir
Petikan dari Utusan Malaysia 08/01/2012 12:30pm
 KUALA LUMPUR - Perhimpunan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirancang diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini esok dipercayai hanya akan disertai oleh kumpulan penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali. Menurut sumber PKR, hanya mereka yang menyokong Azmin begitu komited untuk menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 itu. Ekoran itu difahamkan, penganjur perhimpunan tersebut kini bertungkus lumus untuk memujuk para penyokong dan ahli Pas bagi menyertai perhimpunan berkenaan.Difahamkan penyokong Pas juga keberatan menyertai perhimpunan tersebut kerana beranggapan ia lebih kepada isu moral Ketua Pembangkang itu yang menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Malah seorang pemimpin Pas berkata, sokongan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak jelas kerana ia bukan bersifat arahan."Sokongan Abdul Hadi dilihat sekadar pandangan peribadi bagi menampakkan permuafakatan pembangkang tetapi beliau sendiri tidak mengeluarkan arahan kepada ahli parti."Kami tidak melihat perhimpunan itu sebagai sesuatu yang mempunyai significant untuk kepentingan pembangkang,'' katanya. 


No comments:

Post a Comment