SUPPORT PENAJA

Monday 5 March 2012

BENARKAH BUNOHAN BAKAL MENGEGARKAN PANGGUNG 8 MAC INI


Walaupun filem Bunohan  belum lagi ditayangkan di pawagam namun telah banyak yang diperkatakan mengenai filem tersebut .Malah tak kurang pujian yang diberikan mengenai nya yang dianggap bakal membawa  standard tersendiri dalam dunia perfileman tempatan dan antarabangsa. Sejak ‘trailer’ filem tersebut disiarkan di laman Youtube tahun lalu, penggiat dan penggemar filem tanah air mula merasakan yang ia bakal membawa fenomena baru dalam dunia perfileman tanahair.


Awal-awal lagi filem tersebut dihidu Universal Pictures yang berjaya memperoleh hak pengedarannya . Sejak ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Toronto, September tahun lalu, filem terbitan Nandita Solomon itu turut berjaya menembusi beberapa festival lain termasuk Festival Filem Taipei Golden Horse 2011, Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 di Bali, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan Fantastic Fest 2011 di Amerika 
Syarikat.Selain itu, kehebatan jalan cerita Bunohan yang dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan dan ramai lagi itu berjaya dipasarkan di hampir 30 negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand. Terbaru filem berkenaan juga mendapat pujian melambung daripada Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin.Dalam satu temubual di sebuah akhbar baru-baru ini, pengarahnya Dain Said menyifatkan Bunohan adalah naskhah yang dilahirkan dari hati yang tulus serta dekat di hatinya.


Apatah lagi, dibesarkan di Tumpat, Kelantan, Dain begitu tertarik dengan aktiviti tomoi yang menjadi aktiviti wajib dan menjana ekonomi daripada kelab-kelab tomoi.


“Boleh dikatakan Bunohan lahir daripada pengamatan dan pengalaman saya sewaktu kecil yang melihat bagaimana aktiviti tomoi juga sebenarnya mempunyai metafora di sebalik definisi ganas yang sering dilabelkan. Ia sebenarnya menghubungkan ikatan kekeluargaan mereka menerusi perniagaan yang dijalankan sekali gus memberi idea kepada saya untuk menulis naskhah ini.

“Mungkin ada yang tidak tahu, Bunohan itu juga merupakan sebuah tempat di Kelantan,” katanya yang memberitahu kisah Bunohan sudah berada dalam mindanya sejak lima tahun lalu sebelum dia mengarahkan filem pertamanya, Dukun.

Namun kata Dain, bukanlah kisah tomoi yang menjadi tunjang kepada penceritaan Bunohan tetapi ia sebenarnya memaparkan kisah hubungan kekeluargaan antara tiga adik-beradik yang dilakonkan oleh Faizal, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.Bunohan berkisar mengenai Adil yang terbabit dalam pertarungan tomoi maut di Thailand, namun dia diselamatkan rakan baiknya, Muski. Kerana melanggar peraturan, Adil diburu oleh Ilham, pembunuh yang diupah oleh penganjur pertandingan haram itu. Muski membawa Adi pulang ke kampung mereka, Bunohan. Tanpa disedari, Ilham ialah abang tirinya yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman sejak melarikan diri ketika remaja, selepas ibu bapanya bercerai. Ilham menjejaki Adil hingga ke Bunohan.Di sana, abang Adil, Bakar turut pulang ke kampung atas alasan menjaga bapa mereka yang sakit. Sebenarnya dia mempunyai agenda jahatnya. So nak menguji kehebatan sebenar filem Bunohan yang dikatakan bakal menjadi filem terhebat abad ini saksikan ia di pawagam mulai Mac ini ....



MISTERI MANUSIA BERTANDUK




Tanduk seringkali dikaitkan dengan haiwan sahaja kan . Tapi pernah tak korang bayangkan manusia  bertanduk. Walaupun fenomena ini dianggap misteri namun hakikatnya ia benar-benar wujud dan setakat ini kajian yang dibuat ianya berlaku di dikalangan golongan tua sahaja yang berusia antara 55-65 tahun .





AKSI MELUCUKAN BILA NAIK ROLLERCOASTER

Korang yang bijak pandai sumer taukan apakah permainan yang paling diminati serta antara yang paling mencabar jiwa ler kalau kita melangkah ker taman tema hiburan contohnya kat Genting Highland tuler .. Haaa .. Tau pun ..!!! Sure ler Roller coaster kan . Permainan tersebut yang mula dipatenkan oleh Marcus adna Thompson pada 20 Januari 1885 kini boleh dijumpai hampir dikesemua taman tema seluruh dunia . Bagi yang pernah menaiki nya sure telah dapat merasai azab nya ( bagi yang penakut cam Sis nie ) dan juga kehebatan nya especially time kepala tengah tertonggeng kat bawah dan time nak menjunam tu ..Aduhaiii terasa mau tercabut jantung time tu . Isi perut lak jangan cakap ler cam nak berebut-rebut kuar dah tang-tang tu gak.. So kat sini Sis nak share ler beberapa situasi lucu time sedang berroller coaster.Manaler tau ada situasi  yang cam pernah jer korang alami kan .




SIRI MEMBUNUH DIRI DI CHINA



Seorang lelaki yang teramat kecewa akibat telah berpisah dengan isterinya telah bertindak gila bila sanggup menculik anak nya dan kemudian dibawa ke sebuah jambatan dengan niat untuk membunuh diri bersama-sama dengan anak nya . Namun nasib baik ler niat beliau berjaya dipatahkan dengan tindakan pantas polis .





IKLAN DI JEPUN YANG MELUCUKAN ..



SARAPAN PAGI YANG MENGERIKAN


Ngeri dan meloyakan . Tapi itulah hakikat nya bila  di Ratchaburi Thailand seorang penjual roti    Kittiwat Unarrom mencari kelainan dengan cara mengubah suai bentuk serta rupa roti yang biasa kita lihat kepada rupa mayat manusia yang kalau boleh taknak dilihat jauh sekali nak kunyah dan telan . Tapi itulah cabaran yang diambil oleh si penjual roti ini untuk melariskan jualan nya dan ternyata usahanya berjaya menarik ramai datang ke kedainya . Hmm macam-macam manusia nie kan .