SUPPORT PENAJA

Monday 6 February 2012

ISTANA NEGARA YANG MENGAGUMKAN


Mungkin ramai yang sudah tau yang Istana Negara telah pun siap. Memang cantik sangat rekaan nyer . Memang berbaloi ler dengan kos pembinaannya  .Istana Negara Jalan Duta kini secara rasminya dibuka sebagai tempat bersemayam baru buat Yang Dipertuan Agong Malaysia bagi menggantikan Istana Negara 'lama' di Jalan Istana. Menurut sumber, pembinaan asal Istana Negara di atas bukit di Jalan Duta ini menelan kos sehingga hampir RM1 billion, satu jumlah yang sangat besar jika dibandingkan dengan kos perancangan asal iaitu di sekitar RM400 juta. Tidak dapat dipastikan kenapa tiada tender terbuka dibuat dan terus diberikan kepada kontraktor Maya Maju Sdn. Bhd. kerana RM1 billion itu pon adalah daripada cukai dan duit rakyat jelata, tambahan pula dengan kos yang mendadak tinggi, makanya ini adalah satu isu yang perlu dijelaskan kepada rakyat sebenarnya.
Dengan pembinaan ini ianya pasti akan menjadi mercu tanda baru bandaraya Kuala Lumpur kelak. Sekarang mungkin masih tampak kosong khususnya pada sekitar landskap di seluruh bukit istana ini, tapi kalau mengikut lakaran artis seperti di bawah, pasti setahun dua lagi landskap bukit Jalan Duta akan lebih hijau disulami dengan keemasan daripada kubah-kubah istana ini. Campuran sentuhan senibina gaya Melaka pada bumbungnya, gaya barat pada tiang besarnya dan gaya Islam pada kubahnya merupakan antara rekaan yang terdapat pada bangunan ini. Tapi hiasan dalamannya memang sangat mewah, elegan dan cukup ciri-ciri 'royalty'. 
















SEJUK MELAMPAU RAGUT RAMAI NYAWA .





ROM - Angka kematian akibat cuaca sejuk melampau di seluruh Eropah telah meningkat lebih 260 orang dan lebih beratus-ratus orang pula perlu diselamatkan dari sebuah feri yang terlanggar benteng semasa ribut salji di Itali.Di Heathrow, London, sebanyak 30 penerbangan telah dibatalkan di lapangan terbang paling sibuk di dunia semalam sebagai persediaan menghadapi salji tebal dan kabus.Salji tebal turut melanda Rom di Itali buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun. 
Di Ukraine, angka kematian meningkat kepada 122 orang, termasuk ramai yang mati di jalan raya akibat suhu menjunam serendah -38.1 darjah Celsius. Semua lapangan terbang telah ditutup, semua penerbangan dan perjalanan kereta api turut ditangguhkan dan lebuh raya pula dipenuhi jentera membersihkan salji.

Sementara itu, di Poland pula angka kematian meningkat 45 orang dengan suhu mencecah -27 darjah Celsius dan di Romania pula jumlah kematian adalah 28 orang. Pemerintah di Bosnia mengisytiharkan darurat di bandar raya Sarajevo selepas ramai yang terperangkap di dalam rumah akibat salji tebal.Helikopter digunakan untuk memindahkan ribuan orang yang terperangkap akibat salji tebal semalam.

- Agensi-






POLIS PERISIK MATI DIBUNUH


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Seorang pegawai polis tidak menyangka mayat ditunjukkan kepadanya oleh seorang lelaki di dalam sebuah longkang di bawah jejambat di Bulatan Batu Caves semalam, adalah anak saudaranya, juga anggota pasukan itu yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 1 Februari lalu.Pegawai berpangkat Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu yang hanya ingin dikenali sebagai Jaya berkata, beliau melalui jalan tersebut dengan menunggang motosikal pada pukul 7.15 petang sebelum ditahan seorang lelaki yang mendakwa menemui mayat lelaki.
Katanya, ketika itu beliau berpakaian preman dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja.
"Saya lalu berhenti di tepi jalan dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati terdapat mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap.Selepas menghubungi bilik gerakan, saya pun menunggu kehadiran mereka di sekitar kawasan itu tanpa mengenal pasti identiti mayat itu dengan lebih dekat. Namun, melihat saiz tubuhnya yang agak besar disebabkan kembung serta bengkak dan lebam, saya menyangka mayat itu berusia 30-an," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Tambahnya, sangkaannya meleset apabila anggota polis yang datang membuat pemeriksaan memaklumkan kemungkinan mangsa berusia 20-an.
"Apabila dimaklumkan tentang umur mangsa, saya pun menjenguk semula mayat itu sambil firasat saya mengatakan kemungkinan ia adalah anak saudara saya yang telah dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu.Saya pun menghubungi bapa mangsa bagi mengetahui pakaian anak saudara saya ketika kali terakhir ditemui. Saya terkejut apabila baju dan seluar mangsa benar-benar menyerupai pakaian mayat itu," ujarnya.

Selepas identiti mangsa itu disahkan oleh Unit Forensik yang membuat pemeriksaan, mayat kemudian dibawa ke HKL untuk bedah siasat.
Semalam, mayat mangsa seorang anggota dari Bahagian Risikan (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemui mati dipercayai dibunuh di bawah jejambat Bulatan Batu Caves.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai V. Divendran itu telah bertugas selama tiga tahun sebagai konstabel. Sementara itu, bapa mangsa, Veeramogan M. James, 55, ketika ditemui di HKL berkata, kehilangan anaknya tersebut disedari selepas telefon bimbitnya gagal dihubungi.
Katanya, dia yang menghubungi pejabat mangsa namun terkejut apabila dimaklumkan mangsa yang berulang-alik menaiki bas dari Pudu tidak datang bekerja.  "Kali terakhir saya melihat mangsa pada Rabu lalu ketika dia memaklumkan hendak keluar bersama tiga rakannya pada pukul 7.30 petang.Mangsa hanya maklumkan hendak keluar sebab mahu melihat kedai yang ingin disewa untuk perniagaan gunting rambut sempena sambutan Thaipusam," katanya yang turut memaklumkan hari ini sepatutnya adalah hari merisik teman wanita mangsa sebelum bertunang pada Jun nanti.Dia turut menyifatkan mangsa sebagai anak yang baik hati dan tidak bergaul dengan mana-mana individu jahat."Mangsa juga tidak pernah menceritakan tentang kerja yang dilakukan atau sebarang masalah yang dihadapi," ujarnya.

AKIBAT TERTEKAN KHAIRUL FAHMI PASANG BODYGUARD


KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya. Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.

“Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.
“Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari. 

Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.“Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum. Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini,” katanya. Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.


“Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi,” katanya. Beliau berkata, bagi mengelak peminat Apek keliru dengan pelbagai kontroversi, mereka boleh melayari sesawang kelabpeminatkhairulfahmimalaysia.org atau mendapat maklumat tepat daripada Che Mat sendiri.“Kita tidak mahu negara kehilangan seorang penjaga gol berkaliber sekiranya anak jati Kelantan ini tiba-tiba membuat keputusan menggantung jersi disebabkan tidak tahan dengan kontroversi negatif,” katanya.

NIAT BERDAMAI BERTUKAR PERANG


KUALA LUMPUR: Niat seorang suami untuk mempertemukan dua isterinya bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga membawa bencana selepas isteri keduanya parah di muka akibat ditumbuk madu dalam kejadian berhampiran Taman Melawati di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, 30, bertemu madunya berseorangan di tepi jalan 
kawasan berkenaan manakala suami mereka menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, pertemuan dengan tujuan berdamai itu bertukar ‘medan perang’ apabila mangsa ditumbuk madunya berusia 40-an yang naik angin.
Menurut sumber polis, mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan selepas mukanya bengkak dan berdarah akibat tumbukan kuat.Katanya, mangsa yang berkahwin dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu bersetuju bertemu madunya buat pertama kali kerana mahu berbaik dengan wanita itu selain mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga. 



Sumber dari Harian Metro

TANAH KUBUR KEKAL RANCANGAN PALING POPULAR


Setelah berjaya mengekalkan sambutan dan populariti yang memberangsangkan selama dua musim, Astro Oasis dengan berbesar hati meneruskan tayangan drama bersiri berjudul Tanah Kubur untuk musim ketiga yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam bermula 24 Februari 2012 menerusi (saluran 106).

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, “Astro Oasis sentiasa komited dalam menerbitkan program-program berunsur keislaman yang unik dengan cara dan acuan tersendiri. Kamisentiasa hadir sebagai perintis kepada program-program dakwah di televisyen dengan formula utama iaitu setiap ilmu yang ingin dikongsi, disampaikan dengan cara yang santai untuk menarik minat para penonton. Matlamat kami hanyalah untuk berkongsi iktibar dan teladan kepada masyarakat menerusi setiap program yang ditayangkan.Kami amat berbesar hati dengan sambutan dan maklum balas penonton terhadap drama bersiri Tanah Kubur selama dua musim ditayangkan sebelum ini. Ini secara tidak langsung telah menunjukkan sokongan penonton yang konsisten terhadap usaha Astro Oasis dalam menyuntik elemen dakwah menerusi drama siri yang sarat dengan pengajaran. Untuk musim terbaru ini, pengolahan watak, jalan cerita dan sinematografi dipertingkatkan bagi memberi kesan kepada penghayatan penonton bagi setiap mesej yang ingin disampaikan Selain itu, isu yang diketengahkan untuk musim ketiga ini juga lebih relevan dan terkini seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini .” 



Tanah Kubur musim ketiga yang akan bersiaran selama 13 episod ini masih menceritakan pengalaman seorang pengali kubur dan mengekalkan Nasir Bilal Khan yang memegang watak utama sebagai Tok Adi melalui peristiwa-peristiwa aneh yang dilalui oleh seorang pengali kubur ketika menguruskan jenazah yang pasti menyentuh hati serta mampu membuka minda pelbagai lapisan penonton. Drama bersiri ini juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Talha Harith dan pelakon Hamidah Wahab serta Jimmy Shanley dan Shafiq Kyle yang baru diperkenalkan dalam musim ketiga ini.Pelbagai peristiwa aneh tentang kematian secara sinis ditujukan kepada permasalahan yang sedang berlaku di kalangan masyarakat hari ini. Antara isu-isu yang akan diketengahkan kali ini adalah susuk kuat sembahyang, biadap kepada kitab suci Al-Quran, mempersiakan anak yatim, berguru dengan buku, menipu dalam perniagaan, lelaki memakai aksesori emas, bermain nombor ekor, kehidupan gigolo, masalah pembahagian harta pusaka, mengutuk ulama dan isu murtad.


Hj Izelan turut berkata “Kami juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi perancangan untuk pelbagai program-program menarik yang bakal ditayangkan di Astro Oasis sepanjang tahun 2012 ini. Masih mengekalkan fokus kami sebagai sebuah saluran gaya hidup Muslim, pelbagai program menarik ini hanya menunggu masa untuk menemui para penonton. Beberapa program pilihan penonton masih dikekalkan manakala beberapa program dengan sentuhan dan idea baru diperkenalkan .

Antara program baru yang akan ditayangkan di Astro Oasis sepanjang 2012 adalah sebuah program realiti kanak-kanak terbaru, pertandingan nasyid Astro, Kembara Kiblat, Mukjizat Zam Zam, Festival Fesyen Islam Antarabangsa, Kem Kanak-kanak Islam dan Nasyid Astro. Pada masa yang sama, program-program yang mendapat sambutan tetap dikekalkan tetapi dirancang dengan skala yang lebih menarik termasuklah Imam Muda musim ketiga, Rasa Halal Antarabangsa, Liga Ilmu dan drama serta telefilem-telefilem menarik di saluran ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Tanah Kubur musim ketiga yang bakal menemui penonton pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam bermula 24 Februari 2011 menerusi Astro Oasis (Saluran 106). Teruskan menonton pelbagai program menarik yang bakal ditayangkan di Astro Oasis sepanjang tahun 2012 ini!

SUKAN DI JEPUN YANG PALING BRUTAL



Negara  Matahari Terbit memang sebuah negara yang amat dikagumi dunia. Selepas mengalami peristiwa pahit semasa Perang Dunia Ke 2 , negara tersebut telah bangkit dengan pantas  menjadi antara  negara yang paling pesat membangun . Kebijaksanaan manusia disana dalam membina kepelbagaian teknologi amatlah disegani . Namun tak sangka lak dalam dok kita nak puji camner genius nyer masyarakat kat negara Doremon dan Ultraman tersebut ada gak  terselit mahluk yang tak berapa cerdik .  Bukan tak cerdik sebab fail exam hujung tahun ke per , tapi sanggup tu bergadai nyawa hanya disebabkan satu acara sukan yang Sis rasa hanya wujud di Jepun . Sis rasaler  games nie tak popular mana kot . Kalu tak sure akan menjadi antara acara yang dipertandingkan di Sukan Olampik kan ..Haha..