SUPPORT PENAJA

Thursday 16 February 2012

YU GERGASI DITEMUI DI PAKISTAN

Agak-agaknya kan percaya tak uolls kalau ada sesorang datang kat uolls bagitau yang dia dah berjaya tangkap seekor ikan sepanjang 40kaki . Besar tu . Kira kategori ikan gergasi tau .. Sure tak percaya kan . Tapi tu ler kenyataan nya bila seekor ikan dari species Yu telah berjaya dibawa keluar oleh sekumpulan nelayan di Laut Arab iaitu 128.74 kilometer diluar pantai Karachi. Ianya kemudian dibawa ke sebuah perlabuhan di Karachi , Pakistan  . Orang ramai  berkumpul disitu bagi melihat sendiri ikan yang dikatakan paling besar pernah ditangkap di Perikanan Charai . Pada mulanya 2 kren digunakan untuk menarik keluar bangkai yu yang seberat 8 tan itu namun gagal sehinggan terpaksa mencari kren lain untuk angkut keluar ikan gergasi tersebut .Ianya kemudian dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

“Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka,” kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.
Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar. Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.



KUASA SOLEKAN

Bila sebut pasal kecantikan memang lah menjadi satu topik yang penting untuk setiap wanita . Tipu la kalu takde sape taknak cantiik kan .Sume orang suka kan kecantikan . So sebab tula kalau kita perhatikan ramai  jer kaum wanita yang sanggup perhabis duit gaji setiap bulan pegi spa ler , g facial ler dan macam macam lagi ler hanya untuk memastikan penampilan they all tip top . Bagi yang dianugerahkan wajah yang semulajadi cantik dan jelita patut la bersyukur kan . Tak payah nak makeup tebal-tebal nak bagi cantik . 

Kalu dah memang asal cantik .. baru bangun tido pun nampak jelas cantik nya . Bagi yang kurang cantik  lak nampak gayanya kena la cari cara bagi nak nampak cantik . Antara cara yang selalu digunakan apa lagi kalau bukan menyolek. Kalu kena gaya solekan , konferm ler muka yang huduh atau ayat manis nyer "kurang jelita" pun leh jadi wowww...Tak caya jom layan beberapa pictures pompuan-pompuan dari negara China ler kot , takpun Jepun atau Korea yang Ceciter nak share ... So kalau  uolls nengok kat kaca tv tu terkagum giler nengok kecomelan serta kejelitaan minah minah sana so pas nie fikirlah 2-3 kali yer . Think first about the Magic of Makeup . Hahaaha .. 

  

WHITNEY HOUSTAN DIKATAKAN LESBIAN


Peminat setia Diva Pop terkenal di seluruh dunia kini sedang meratapi pemergian bintang pujaan mereka iaitu Whitney Houston yang didakwa punca kematian adalah akibat memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu.Namun belum pun mendiang dikebumikan Sabtu ini dunia kini dikejutkan pula dengan khabar angin yang mengatakan Whitney sebenarnya adalah seorang lesbian dan selama 30 tahun beliau mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya. Kenyataan tersebut dibuat oleh rakan Whitney sendiri yang bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya. Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini.


 “Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya.Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah. “Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan.Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford. Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati. Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat.

Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa. ‘Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey. “Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”
Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons. Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita.

Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”
Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown. Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown. Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn.

Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu. Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.” - DM

4 SEKAWAN DITUDUH BUNUH RAKAN SERUMAH


KUALA LUMPUR: Empat sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita yang juga teman serumah mereka, awal bulan lalu. Semua tertuduh, Sherill Clarissa Razif, 23, Ellina Mahili, 24, Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 23, serta seorang rakan lelaki, Huzaifah Kamal, 23 hanya mengangguk faham akan pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan niat membunuh Nor Shahirah Hassan, 26, di sebuah kondominium yang terletak di Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu 3 Februari lalu, antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Bagi tuduhan itu, keempat-empat rakan mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan .Sementara itu, hanya Sherill Clarissa yang diwakili peguam bela, Leng Wie Mun dan dia kelihatan tenang sepanjang prosiding dijalankan, manakala Ellina serta Raja Nur Bahiah menangis ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka.Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor S Chandra di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Erry Shahriman menetapkan kes disebut semula pada 19 April depan.Harian Metro 4 Februari lalu melaporkan kematian seorang wanita 20-an yang disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak.


Sumber dari MyMetro

FOREX INTERNET HARAM





Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,
 Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin
Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini menetapkan sistem tukaran wang asing menerusi internet adalah haram untuk disertai umat Islam. 
Pengerusinya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, menerusi perbincangan antara ahli jawatankuasa fatwa didapati urus niaga Forex Internet tidak memenuhi syariah. Menurutnya, setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya.

“Saya menyeru kepada umat Islam supaya tidak perlu menyertainya perniagaan Forex ini sehingga sekarang ia adalah haram. Urus niaga perseorangan secara internet menerusi orang tengah ini adalah haram disebabkan dalam jual beli ini tidak ada kontrak secara jelas,” katanya ketika ditemui di sini.Beliau juga memberitahu, individu yang menyertainya juga boleh terdedah kepada untung dan rugi yang tidak menentu.

Katanya, pertukaran menerusi bank dengan bank secara rasmi adalah halal untuk disertai dan umat Islam digalakkan untuk menyertainya termasuk memutuskan pelaburan menerusi Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah harus.

RAYUAN BRM1 DILANJUTKAN


























KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas 15 Mac depan bagi memastikan mereka yang layak menerima bantuan itu, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, langkah itu memberi peluang kepada mereka yang gagal dalam permohonan lalu untuk mendapatkan bantuan RM500, dan menikmati faedah daripada program berkenaan.

“BR1M adalah satu bentuk bantuan dan faedah yang sangat berkesan dan dihargai rakyat. “Kita ambil maklum jika ada yang tidak diluluskan tetapi difikirkan layak menikmati bantuan itu masih boleh buat rayuan dan rayuan boleh dibuat terus hingga 15 Mac depan.
“Tetapi jika sehingga tempoh itu ada lagi yang difikirkan layak, kita akan lanjutkan tempoh supaya bantuan sampai pada semua,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, di sini, malam tadi. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BR1M mula dibayar mulai 15 Januari lalu dan dijangka mengambil masa dua bulan untuk diagihkan kepada golongan sasaran. Najib yang juga 

Pengerusi BN turut mengumumkan mesyuarat malam tadi meluluskan tiga daripada 11 permohonan yang diterima untuk menjadi ahli gabungan BN. 
NAJIB bersama Muhyiddin pada sidang 
media selepas mempengerusikan mesyuarat
Dewan Tertinggi Barisan Nasional di
Menara Dato’ Onn, PWTC, malam tadi.

Ia membabitkan Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.Ditanya mengenai logo 1Malaysia yang diwajibkan ke atas barang kawalan untuk membolehkan pengusaha menikmati subsidi, Perdana Menteri berkata gagasan itu melangkaui politik. Mengulas mengenai tindakan pakatan pembangkang mahu mengadakan Himpunan Hijau di Kuantan pada 26 Februari ini, Najib berkata, berdasarkan peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2011, mereka berhak untuk berbuat demikian.


Sumber dari Berita Harian