SUPPORT PENAJA

Wednesday 1 February 2012

MANUSIA PONTIANAK


TREND atau obsesi gila! Itulah yang berlaku sekarang apabila fenomena pelik mengiringi dunia kecantikan plastik yang kini beralih kepada kegilaan baru - mencacatkan kesempurnaan wajah dengan segala bentuk penampilan pelik yang sama sekali tidak boleh diterima akal.Buktinya - lidah diubah menyamai lidah cicak, gigi pontianak, hujung telinga tajam seperti karakter ‘Mr Spock’ malah yang terlebih berani, melakukan pembedahan menumbuhkan tanduk di kepala menerusi kaedah implan.

Percaya atau tidak, pembedahan seumpama itu semakin mendapat sambutan menyebabkan doktor yang sebelum ini sibuk dengan usaha mencantikkan wajah kini beralih haluan kepada teknik mencacatkan rupa.
Meraih populariti menerusi filem dan siri televisyen seperti Twilight, The Vampire Diaries dan True Blood, bukanlah sesuatu yang mengejutkan prosedur bertemakan pontianak 
dianggap pencetus aliran.

Transformasi merubah wajah menjadi seperti pontianak, misalnya, hanya mengambil masa cuma 20 minit tanpa kesan bengkak atau lebam pada muka. Ia tidak menggunakan pisau sebaliknya cuma sejenis suntikan Selphyl yang menjadikan ketebalan kulit bertambah dalam masa beberapa minggu ketika kolagen baru dan saluran darah terbentuk. Tisu pelanggan sendiri yang melambatkan kesan penuaan secara semula jadi.

“Saya rasa tema yang begitu popular dalam industri hiburan kebelakangan ini menyebabkan wujudkan minat menggila terhadap peminat siri berkenaan,” kata pakar bedah perubatan swasta Amerika Syarikat, Dr Andre Berger, dipetik media tempatan, baru-baru ini. 
Bukan saja hasilnya mengerikan malah prosedurnya juga sudah cukup untuk meremangkan bulu roma - suntikan disediakan dengan mengambil darah pesakit. Platelet dipisahkan daripada sel darah merah, kemudian dicampurkan dengan sejenis bahan dan disuntik ke bahagian badan diingini. Ia bertahan kira-kira 15 bulan dan bahagian yang disuntik akan kelihatan licin selepas dua atau tiga minggu.Sudah pasti, ketika proses itu dianggap selamat oleh sebahagian doktor, sekumpulan yang lain menyuarakan kebimbangan dengan kaedah itu.

“Salah satu masalah dengan darah sendiri ialah sesetengah orang pitam apabila darah mereka diambil. Selain itu, darah cenderung menyebabkan kegatalan pada bahagian disuntik dan kadang-kadang menyebabkan kesan lecur. Anda menyuntik darah ke bahagian yang tidak sepatutnya ada darah,” katanya yang juga Pengarah Pembedahan Kosmetik, Pusat Perubatan Maimonides di Brooklyn, New York.
Satu suntikan cuma berharga AS$1,500 (RM4,575), jauh lebih murah berbanding pembedahan menegangkan wajah. 
Bagi yang mahu menjadi pontianak atau hantu jadian, pembedahan mendapatkan siung memerlukan pesakit membuang gigi asal dan siung palsu dimasukkan pada gusi.
Selain itu, kaedah membelah lidah adalah antara aliran terkini yang popular atau digilai. Dalam prosedur itu, lidah dibelah daripada hujung hingga ke belakang sepanjang tiga hingga lima sentimeter mengikut kehendak pesakit.Pembedahan menajamkan cuping telinga dikatakan antara paling pelik tetapi mula mendapat sambutan. Ia membabitkan sedikit bahagian atas cuping dipotong dan lukanya dijahit menjadikan ia agak tajam. Ia dicetuskan pakar pembedahan plastik new York, Dr Lajos Nagy.

“Menajamkan telinga menerusi pembedahan plastik bukan saja menambah daya penarik wajah tetapi turut memperbaiki pengalaman mendengar muzik,” katanya menerusi laman web. Dr Nagy juga bercadang memperkenalkan kaedah itu di Hungary.Bagaimanapun, pandangan Dr Nagy disangkal sekumpulan pakar perubatan lain yang menegaskan pembedahan itu berbahaya kerana ia tidak boleh diperbaiki dan meninggalkan kecacatan kekal pada telinga.Kegilaan mengubah struktur wajah hingga mencacatkan rupa mungkin masih baru tetapi kaedah itu sudah mengumpul pengikut tersendiri. Jika ada yang tertanya-tanya mengapa kaedah seumpama itu menjadi pilihan, Eric Sprague, mungkin boleh memberi jawapan.Sprague, 39, menjadi antara segelintir orang pertama melakukan pembedahan membelah lidah yang dilihat menjadi penyebab kepada populariti aliran aneh itu. Bukan sekadar lidah, Sprague, turut mengubah dirinya menjadi cicak dengan tatu penuh di seluruh tubuh, lima tanduk yang diletakkan di bawah kulit kening dan mengasah gigi menjadi siung.
Tidak ketinggalan Dennis Avner, dikenali sebagai lelaki kucing, yang rela menjalani pembedahan dalam usahanya membuatkan wajahnya kelihatan seperti haiwan dikagumi, harimau.Bagaimanapun, kedua-dua lelaki berkenaan masih tiada apa-apa dibandingkan dengan perubahan yang dilakukan Maria Jose Cristerna, 35, yang berasal dari Mexico. Peguam terlatih yang lahir dalam keluarga berpegang teguh pada agama itu mengubah dirinya menjadi pontianak selepas bertahun menderita didera oleh suaminya.
Cristerna yang berkahwin pada usia 17 tahun membuat tatu hampir di seluruh tubuh. Tidak cukup dengan itu, dia melakukan pembedahan meletakkan tanduk titanium pada tengkorak dan pembedahan gigi untuk mewujudkan siung.
“Tanduk saya sebagai simbol kekuatan dan dilakukan tanpa bius. Saya buat taring kerana sukakan pontianak dan mengubah warna mata kerana itu yang saya inginkan,” katanya.Namun itu bukan pengakhiran perubahannya kerana dia mahu menambah tanduk titanium di belakang kepala.Turut mencipta nama menerusi tabiat pelik ini ialah Steve Haworth yang memegang gelaran Guinness World Record sebagai orang paling banyak melakukan perubahan pada tubuh.
“Ramai orang yang ada visi dalaman mengenai diri masing-masing dan mahu menunjukkan kepada dunia sekitar mereka. Saya gembira dapat menjadi artis yang boleh menunjukkan perkara itu,” katanya.
Apa pun alasannya, usaha mencacatkan rupa tidak dapat diterima akal waras dan kemungkinan orang tidak siuman turut berfikir banyak kali sebelum menyerah diri melakukan sesuatu yang tidak ada jalan pulang. Jadi, dalam kategori manakah Sprague, Avner, Cristerna dan Haworth berada?

DATUK SERI ANWAR NASIHATKAN TUN ' DUK DIAM-DIAM '






Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.
"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion."Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi. Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.
"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."
"Dey ane! Mana satu ini."Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.
Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.  Anwar juga diraikan dengan hidangan ‘yee sang’ dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.
Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.
“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)
“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid). Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini menteri.“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.
Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.


Petikan dari Malaysikini.com

BILA DAH MABUK....

Sebagai umat Islam kita didedahkan bahawa arak tu salah disisi ALLAH . Haram diminum . Sebab arak nie dikatakan punca segala maksiat . Walaupun haram tetap gak ada yang selamber je teguk air syaitan ni kan . Hmm terpulang ler kan . Kalu dah nasihat sampai nak bebuih sampai kuar buble baik biarkn je orang-orang cmnie insaf sendiri kan . Orang yang menenguk benda ni bukan terhad pada orang lelaki jer. Perempuan pun sejak kebelakangan ni pun ramai dah ligat teguk . Hmm bukan ade faedah pe pun . Pas minum pening , muntah then terus tertonggeng . Tu belum kes kehormatan diri dicabul.Yela dah ting-tong tu mana nak perasan pepe. Cewah panjang lebar le plak Sis Ceciter nak bagi khutbah kan ..Hahah .. Disebalik nasihat tunggang langgang nie ada gak beberapa keadaan yang Sis Ceciter nak share perihal kaum Hawa dan Adam ni kalu dah kena benda nie .. Mmg lawak ..tak ingat dunia dah kot time tu ...So kalau takut senasib gan yang dibawah nie pikir-pikir kan ler yer .



               













SENARAI KEDAI BUKU MENERIMA BAUCHAR 1MALAYSIA



Dibawah adalah senarai syarikat yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia:

1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Boarders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi buku universiti uolls
15.Semua kedai buku dekat Malaysia, sila tanya kaunter kedai buku untuk kepastian.

ASALNYA WANITA KINI .....


Sungguh pelik ler manusia nie kan.Ade yang elok ALLAH jadikan dia lelaki tapi berniat nak tukar jadi pompuan .Yang pompuan lak dah elok lahir dengan kelembutan serta sifat keibuan ade ler plak saje je nak ubah ciptaan Maha Kuasa sanggup je buang duit dengan alasan nak buang  tutttttttt... . Segalanya sanggup asalkan impian mereka nak dapatkan jantina yang diidamkan tercapai.Uolls tau tak bukan setakat wang yang banyak diperlukan malah prmbedahan yang bakal dijalani juga amat la azabnya. Ntahla berapa lama ler they olls nak recoverkan .Terpikir gak ler camner le manusia-manusia nie buang air kan .   Hmm ntahlah . 
So disini Sis nak share antara beberapa orang yang dulu elok je leh panggil cik tak pun puan kini dah twist trus le jadi Encik , Tuan , pakcik takpun atok ..Hahah .. Macam-macam ler manusia zaman sekarang nie kan ..Yang pelik nyer ada yang body siap bertatu dan berketul-ketul muscle tu .

THOMAS BEATIE

BALIAN BUSCHBAUM

IAN HARVIE

BUCK ANGEL

LOREN CAMERON


          

LUCAS SILVEIRA

ANDREAS KRIEGER

                

RYAN SALLANS


CHAZ BONO


KATASTROPHE

HANTU KAK LIMAH KENA SAMUN




KUALA LUMPUR: Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

LOPONG...Dalimawati menunjukkan cermin kiri keretanya yang dipecahkan.
Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.
“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.


“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.



Petikan dari Harian Metro

DI IOWA BAYI SEBERAT HAMPIR 7 KILO DI LAHIRKAN







Menakjubkan dan memang sesungguhnya kuasa Allah ler bila seorang wanita di Des Moines ,  Iowa berjaya melahirkan seorang bayi seberat 13 pauns dan 3 auns secara normal . Mak aiii tak leh nak bayangkan ler saat mak dia teran kuar baby tu . Ngeri gak ler nak bayangkan . Bayi bertuah tersebut dilahirkan pada hari Khamis 26 Januari 2012 di Pusat Perubatan Mercy di Des Moines dengan ukuran 23 1/2 inci panjang . Lima belas bulan lepas abangnya Judah dilahirkan dengan berat 12 pound. Laporan dari Mercy mengatakan peratusan kelahiran melebihi 11 paun  adalah sebanyak 1 peratus .Ibu bayi sihat dan semangat tersebut iaitu Kendall Stewardson mengharungi saat genting di wad bersalin selama 6 jam tanpa suntikan epidural disebabkan beliau serta hubby nya ingin mengelak sesuatu yang tidak elok kepada bayi serta dirinya sendiri . Pepe pun Sis Ceciter nak ucapkan tahniah ler walaupun tak kenal pun sape tu Kendall Stewardson tu .Hehehe