SUPPORT PENAJA

Wednesday 1 February 2012

DI IOWA BAYI SEBERAT HAMPIR 7 KILO DI LAHIRKAN







Menakjubkan dan memang sesungguhnya kuasa Allah ler bila seorang wanita di Des Moines ,  Iowa berjaya melahirkan seorang bayi seberat 13 pauns dan 3 auns secara normal . Mak aiii tak leh nak bayangkan ler saat mak dia teran kuar baby tu . Ngeri gak ler nak bayangkan . Bayi bertuah tersebut dilahirkan pada hari Khamis 26 Januari 2012 di Pusat Perubatan Mercy di Des Moines dengan ukuran 23 1/2 inci panjang . Lima belas bulan lepas abangnya Judah dilahirkan dengan berat 12 pound. Laporan dari Mercy mengatakan peratusan kelahiran melebihi 11 paun  adalah sebanyak 1 peratus .Ibu bayi sihat dan semangat tersebut iaitu Kendall Stewardson mengharungi saat genting di wad bersalin selama 6 jam tanpa suntikan epidural disebabkan beliau serta hubby nya ingin mengelak sesuatu yang tidak elok kepada bayi serta dirinya sendiri . Pepe pun Sis Ceciter nak ucapkan tahniah ler walaupun tak kenal pun sape tu Kendall Stewardson tu .Hehehe

No comments:

Post a Comment