SUPPORT PENAJA

Wednesday 1 February 2012

BAYI ISRAEL KUNYAH KEPALA ULAR

 Dasyat betul ler bila baru berusia tiga belas bulan, Imad Aleeyan yang mempunyai enam batang gigi, ditemui sedang mengunyah kepala seekor ular berukuran 12 inci oleh ibunya, yang kemudian nya menjerit minta tolong kepada jiran.

"Saya telah membuat susu dan saya melihat dia dengan ular dalam mulutnya," kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Arab Israel iaitu Shefa'Amr, 9 batu timur bandar pelabuhan Haifa.
 

"Saya mula menjerit. Saya tidak percaya apa yang saya lihat," katanya kepada AFP. "Saya hampir mati ketakutan." Jeritannya membawa seluruh keluarga dan jiran ke tempat kejadian.
"Kami bergegas dan mendapati bayi itu dengan seekor ular di dalam mulut, mengunyahnya.

Ia benar-benar menakutkan, memang dahsyat," emak saudara bayi lelaki itu, Yasmin Shahin berkata.
"Apabila dia menariknya keluar, Imad mula menangis," katanya menerangkan kepala ular sebagai "sangat teruk dimamah" apabila ia muncul dari mulut kanak-kanak lelaki itu.


Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu jikalau ada apa-apa tanda gigitan tetapi mendapatinya tiada, dengan doktor di hospital Rambam di Haifa mengesahkan beliau tidak luka.

 
"Doktor di hospital itu memberitahu kami ular itu benar-benar beracun tetapi kami sangat bernasib baik kerana mereka melepaskan racun yang kurang pada musim sejuk," katanya.

Dr Boaz Shacham, seorang pakar amfibia dan reptilia, memberitahu AFP, daripada melihat imej-imej dalam talian ular yang rabak itu, ia adalah ular dari jenis hemorrhois nummifer, spesis tidak-berbisa yang menyerupai viper (ular berbisa).
Ular seperti itu membesar sehingga tiga kaki panjang, dan beliau fikir bahawa ia adalah spesimen "yang terlalu muda".

"Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana sejuk," kata Dr Shacham iaitu ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew, Jerusalem (Baitulmaqdis).


No comments:

Post a Comment