SUPPORT PENAJA

Tuesday 7 February 2012

AJAL DISERET LORI SAMPAH

GOMBAK: Dua beradik dalam perjalanan bersama rakan untuk mandi di kolam renang awam di sini, terbunuh apabila motosikal ditunggangi dirempuh lori sampah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran kuil Hindu di Batu Caves, semalam.

Dentuman kuat akibat kemalangan jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan orang ramai yang menghadiri perayaan Thaipusam, gempar dan berpusu-pusu ke lokasi kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah teruk.Ketika kejadian, Farouk Norshahiran Nasharud
in, 18, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 bersama abangnya, Rizal Norshahiri, 22, dalam perjalanan ke Kompleks Sri Siantan, Taman Selayang, untuk mandi kolam bersama rakan yang turut menunggang motosikal. 

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, kedua-dua mangsa yang berada di lorong kiri laluan menuruni bukit dari arah Gombak menghala ke Kepong itu tiba-tiba dirempuh lori sampah dari belakang menyebabkan Nor Shahrizal tercampak, manakala adiknya digilis dan diseret kira-kira 30 meter.Kedua-dua mangsa yang juga anak kepada seorang pesara polis serta abang mereka pula bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

Lori berkenaan dipercayai dipandu laju kemudian merempuh sebuah lagi motosikal dinaiki sepasang suami isteri menyebabkan wanita berkenaan cedera dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor, berkata kemalangan berlaku selepas lori sampah terbabit hilang kawalan akibat kerosakan brek sebelum masuk ke laluan kiri ketika cuba mengelak sebuah lori lain sebelum merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa. 






Katanya, pemandu lori sampah berusia 51 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan, manakala mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga di Taman Koperasi Polis di sini.

No comments:

Post a Comment