SUPPORT PENAJA

Tuesday 7 February 2012

FILIPINA PULA DILANDA GEMPA BUMI





MANILA: Anggota penyelamat terpaksa menggunakan tukul dan penyodok untuk mencari berpuluh-puluh orang yang terperangkap di celah bangunan runtuh, apabila gempa bumi berukuran 6.8 melanda bahagian tengah Filipina mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, manakala 40 lagi masih hilang. Datuk Bandar Negros, Ernesto Reyes berkata gempa bumi melanda selat sempit di Pulau Negros, menyebabkan tanah runtuh di Guihulngan, di bandar Negros Oriental yang dihuni 180,000 penduduk.
“Sekurang-kurang 30 buah rumah tertimbus tanah runtuh manakala 40 orang masih hilang. Keadaan sangat teruk kerana jika anda terperangkap di dalam tanah runtuh selama sejam anda tidak boleh bernafas,” katanya.Institut Gunung Berapi dan Seis-mologi Filipina mengeluarkan amaran tsunami bagi bahagian tengah pulau dan berkata bahawa gempa itu berkemungkinan mencetuskan ombak setinggi satu meter di sepanjang pantai timur pulau, begitu juga bahagian barat bandar kedua besar, Cebu.


Pusat Kajian Geologikal Amerika berkata gempa berpusat di kawasan kira-kira 72 kilometer ke utara bandar Dumaguete di Negros dan pada kedalaman 46 kilometer. Kawasan ini terletak kira-kira 650 kilometer tenggara ibu negara, Manila. Reyes berkata empat orang mati termasuk seorang pelajar kolej dan dia lagi pelajar sekolah menengah. Seorang lagi mati dalam pasar awam yang runtuh. Gempa yang berlaku kira-kira jam 11.49 pagi waktu tempatan menyebabkan satu lagi kejadian tanah runtuh di pergunungan kampung Solongon di pekan La Libertad, juga dalam Negros Oriental. Masih tidak diketuai berapa jumlah mereka yang terperangkap, kata ketua polis Inspektor Eric Arrol Besario. “Kami menggunakan penyodok dan gergaji untuk memulakan operasi penyelamat tetapi ada orang yang terperangkap di dalamnya. Sesetengah mereka menjerit meminta tolong,” kata Besario kepada AP. Tiga jambatan utama turut retak dan tidak boleh digunakan, katanya. Lima rumah buluh dan kayu dihanyutkan dari pusat peranginan pantai La Libertad oleh ombak besar tetapi tiada laporan kecederaan, kata Superintendan Polis, Ernesto Tagle.Di sepanjang pantai, orang ramai bergegas keluar dari sekolah, pasar raya dan pejabat. Pusat gempa berada paling hampir dengan Tayasan, pekan pantai di mana kira-kira 32,000 orang melarikan diri ke kawasan pergunungan di wilayah Negros Oriental. 
Ketua pejabat pertahanan Benito Ramos berkata, seorang kanak-kanak terbunuh apabila pagar konkrit di rumahnya runtuh.“Setakat ini, seorang terbunuh tetapi kita masih belum mengetahui kemusnahan harta benda,” kata pegawai polis Tayasan, Alfred Vicente Silvosa memberitahu Associated Press. Beliau berkata gegaran susulan masih berlaku, justeru mereka semua berada di luar di dataran pekan. “Kami tidak boleh memeriksa bangunan kerana ia sangat berbahaya. “Saya dapat rasakan bangunan bergegar, jadi saya bergegas keluar. Komputer, rak, pinggan dan almari serta tabung penapis air turut jatuh,” katanya.  Bangunan tingkat balai polis turut runtuh di pekan La Libertad di Negros Oriental tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Penghuni bangunan berjaya menyelamatkan diri meninggalkan bangunan. Ketua Polis Negros Oriental Edward Carranza berkata gempa itu memusnahkan banyak rumah di Guihulngan dan beliau mengarahkan orangnya membantu memindahkan mangsa ke tempat perlindungan. – AP



No comments:

Post a Comment