
Bapa berusia 42 tahun itu yang baru pulang dari tempat kerjanya di Singapura, sebelum menemui mayat Sivaranjini yang juga anak sulungnya kepada tiga beradik itu dalam keadaan berlumuran darah sejurus membuka pintu biliknya.
Ketika kejadian, mangsa tinggal bersendirian di rumah, manakala ibunya keluar bekerja di Singapura manakala dua adik lelakinya masing-masing 15 dan 16 sedang belajar di SMK Kempas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan awal percaya suspek memasuki pintu dapur rumah itu.
“Suspek dipercayai mengambil peluang berikutan tiada sesiapa di rumah melainkan mangsa, sebelum masuk ke dalam rumah dan mengelar leher gadis terbabit dan melarikan diri selepas mangsa rebah dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika mengesahkan pembunuhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment