“Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!,” jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi. Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.
Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50
malam ketika menerima rawatan di HKL,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sumber dari MyMetro
No comments:
Post a Comment