SUPPORT PENAJA

Monday 16 January 2012

FUYOO.. ADIRA MENGAKU BUKAN LESBIAN PUNCA PUTUS DENGAN HAFIZ





Setahun menjadi pasangan bermadu kasih, percintaan pasangan duet lagu Ombak Rindu iaitu Hafiz dan Adira akhirnya sampai ke penamat. Kedua-duanya gagal mengenali hati budi masing-masing dan kini mahu lebih fokus kepada kerjaya. Namun mereka berdua masih menjadi kawan baik dan masih selesa berkongsi masalah dan cerita masing-masing. 


Kata Hafiz:-
Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya 



Manakalah Adira pula tidak menolak yang kesibukan kerja merupakan salah satu perpisahan mereka


Kata Adira :-
Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. 


Selain itu Adira juga memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.
“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.
Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.
“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.
Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

No comments:

Post a Comment