SUPPORT PENAJA

Friday 24 February 2012

AKIBAT MENCURI KABEL

Memang banyak kemalangan atau kematian disebabkab oleh mereka yang suka mencuri kabel...kadang-kadang tu Mak Jemah rasa.. yang mencuri ni pun bukan nye orang luar..orang dalam..tapi kalau orang dalam yang curi...kemungkinan tak kene renjatan elektrik..sebab dorang tahu kat mane nak matikan suis..

Tapi..bagi mereka yang tak tahu tu...kemungkinan nak kene renjatan elektrik memang tinggi...HAri ni..kat paper Metro keluar la tajuk " Maut Kene Renjatan"

Berita nya seperti di bawah :



"SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bilik bawah tanah sebuah pusat perniagaan pakaian di Jalan Tuanku Munawir di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 415 voltan, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata lelaki berusia 40-an itu yang melecur teruk di muka, mati di tempat kejadian.


Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi dan menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui lelaki yang hanya berseluar panjang, terbaring tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat."

SUMBER : HARIAN METRO

Tapi kat sini..Mak Jemah saje-saje je nak citer...dan nak share gambar-gambar akibat pada mereka yang melakukan perkara-perkara sebegini..



Haa...sanggup tengok..tak kan...tak kan..ni baru gambar...bawah ade video..





so...tak yah la buat keje yang sebegini rupa..dan tolong la share kan pada kawan-kawan kite yang lain yer

No comments:

Post a Comment