SUPPORT PENAJA

Friday 24 February 2012

GILA MASUK PERADUAN


Sepasang adik-beradik berjaya memenangi banyak hadiah apabila mereka menyertai dua peraduan setiap hari sejak 30 tahun lalu. Untuk mencapai kejayaan itu, Wendy dan Kev Sheldon menyertai peraduan dalam akhbar dan majalah.

Hasilnya, mereka memenangi pelbagai hadiah bernilai ratusan ribu ringgit, termasuk percutian eksotik, televisyen dan menaiki helikopter.Malah, Wendy yang masih bujang - juga pernah memenangi hadiah bekalan kondom yang mampu digunakan selama tiga tahun.

Disebabkan statusnya itu, Wendy, 47, mendermakan kondom berkenaan kepada sebuah klinik kesihatan seksual remaja di tempatnya. “Kami pernah memberikan gula-gula yang dibekalkan selama setahun kepada sebuah hospital dan bir kepada rumah orang tua,” katanya. Sementara itu, Sheldon, 52, berkata hadiah terbaik pernah dimenangi ialah percutian di Miami.

Hadiah pertama Wendy ialah anak patung Bugs Bunny yang diterima ketika dia berusia 16 tahun. “Walaupun saya bertuah, nampaknya nasib tidak menyebelahi saya dalam percintaan,” katanya. - TS

No comments:

Post a Comment