SUPPORT PENAJA

Friday 3 February 2012

GEMPAR ..PENYANYI DANGDUT DIBELASAH SUAMI


Mengejutkan bila hanya disebabkan menyuruh suaminya belikan sarapan pagi seorang penyanyi dangdut yang pernah popular tidak lama dulu telah menjadi mangsa penderaan bila dipukul dan diteranjang oleh suaminya pada pagi kelmarin sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala, leher, dada dan tangan. Susulan dari kejadian malang yang menimpa Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju , mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam. Ishk ishkkk .. Penderaan keatas kaum wanita seluruh dunia kini kerap terjadikan dan saban hari ada saja cerita tentang nya kan .

Memetik dari laporan tabloid Harian Metro sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan. Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. 
Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul. Ketika dihubungi oleh HM, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terang Bulan’ ini menjelaskan dia terpaksa membuat laporan polis terhadap suaminya itu kerana ingin melindungi diri dan mengelak kejadian sama berulang lagi. Dalam masa yang sama, Ani juga mengakui dia sebenarnya sudah tidak tahan dengan dengan sikap suaminya itu. Namun, masih mahu menyelamatkan perkahwinan mereka kerana sudah mempunyai tiga orang anak. Ani telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004.Hmm tak logik pun ada kan takkan ler hanya disebabkan pesanan belikan sarapan boleh balik bantai bini camtu sekali . Ade sebab lain kot . Hanya they olls je tau kan . Ntah Time bercinta kalau soh belikan sarapan ....bukan tu je makanan untuk lunch dinner pun sanggup jer .Ntah untuk seminggu makan pun tapau sekali.Haha Tuler lumrah alam rumahtangga kot. Indah zaman bercinta tak sama zaman dah dok sama .Pepe pun salam simpati buat Ani Mayuni . Moga tabah dengan apa yang berlaku . Buat kaum Adam di luar sana jadikan ini sebagai suatu pengajaran. Jangan jadikan isteri yang sah dinikahi itu sebagai Punching Bag uolls k. Ingatlah balik janji-janji manis uolls masa bercinta dan diawal perkahwinan dulu . Sayangi lah mereka selagi mereka masih ada

No comments:

Post a Comment