SUPPORT PENAJA

Tuesday 28 February 2012

NIAT UNTUK MENCABUL SANGGUP MENYAMAR JADI DOKTOR


Macam-macam hal manusia nie kan . Nie berkaitan dengan taktik untuk meyakinkan mangsa bahawa dia ialah seorang doktor , seorang lelaki iaitu Ng Ban Keong 55 , sanggup menyamar dengan   stetoskop yang sentiasa dilihat tergantung di leher, walaupun hakikatnya  ia cuma fon telinga untuk telefon bimbit . Selain itu  termometer dan sarung tangan pembedahan juga kerap dibawa bagi melengkapkan lagi misi penyamaran tersebut. Antara 2004 dan 2010, bekas pengurus sumber manusia menjadikan tujuh gadis sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu seksnya.Dia mencari kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun kerana mereka “mudah percaya dan menurut kata.”


Ng mengaku bersalah di Mahkamah Daerah semalam atas kesalahan seksual. Dia mengaku bersalah dalam tiga tuduhan pencabulan dan satu tuduhan serangan seksual terhadap remaja berusia 14 tahun ke bawah. Enam lagi dakwaan termasuk mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual dan menyimpan video lucah, akan dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan. Ng memulakan jenayah itu pada 13 September 2004.

Dia terlihat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjalan kaki dari sekolahnya di flat Clamenti tengahari itu dan menghampirinya. Mereka berdua masuk ke dalam lif bersama-sama dan dia berpura-pura untuk melihat sebuah rumah di tingkat enam, lalu meminta kanak-kanak itu menunjukkan arah.  Ketika mereka berjalan ke arah tangga, Ng menipu kanak-kanak itu dengan mengaku dia seorang doktor dari Kementerian Kesihatan. Ketika tiba di tingkat lima, Ng berkata dia akan membantu untuk memeriksa tubuhnya.

Ng kemudian mencabul kanak-kanak itu. Apabila pulang kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya dan mereka membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment