SUPPORT PENAJA

Tuesday 28 February 2012

LELAKI KRITIKAL AKIBAT DI BAKAR HIDUP HIDUP

Kejam !!!! .. Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun menempuh saat-saat paling menakutkan bila dia disyaki dibakar hidup-hidup oleh 3 orang lelaki yang dikenalinya . Akibat kejadian yang berlaku di Sg.Tengi , Gedangsa mangsa iaitu Muhammad Syahirudin Mohd. Shauki terbakar 80 peratus badannya dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh. .

Kejadian pukul 6.30 pagi itu menimpa  Syahirudin  apabila dia dikatakan dibawa menaiki sebuah kereta oleh tiga lelaki  dari rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya ke Gedangsa. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 89 kilometer. Difahamkan, selepas dibakar, mangsa sempat melompat ke dalam longkang bagi memadam api dan berlari sejauh 400 meter untuk meminta bantuan salah seorang penduduk di Kampung Sepakat iaitu seorang suri rumah berusia 50 tahun . Menurut surirumah tersebut iaitu R Selvakodi ketika kejadian , dia terlebih dulu terdengar salakan anjing yang kuat sebelum diikuti suara orang meminta tolong di depan rumahnya.


“Seluruh badan dan muka lelaki itu terbakar. Kulitnya menggelupas dan kehitaman, malah rambutnya juga terbakar. Dia menggigil minta diberikan air kerana kehausan.
Dia merintih kesakitan dan merayu diberikan air kerana kehausan,” kata suri rumah, R Selvakodi, 50, menceritakan bagaimana dia membantu Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, yang dibakar hidup-hidup, pagi kelmarin.

Mangsa kemudian telah diberi tiga tin air soya, air mineral dan roti oleh penduduk tersebut selepas kasihan melihat keadaannya ketika itu . Ketika ditemui dia hanya memakai seluar pendek. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan mendapati mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.

“Berdasarkan maklumat awal, kita percaya mangsa dibakar di dalam ladang sawit Sungai Tengi, Gedangsa. Dia kemudian dapat melarikan diri sebelum meminta bantuan seorang penduduk di Kampung Sepakat,” katanya ketika dihubungi.Tambahnya, siasatan lanjut menemui baju mangsa di pembahagi jalan kira-kira lapan kilometer menghala ke tol Bukit Tagar. Bagaimanapun seluar panjang mangsa tidak ditemui.Menurut Norel Azmi, laporan doktor mengatakan mangsa disimbah petrol sebelum dibakar dan kes cuba bunuh itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Sumber dari MyMetro

No comments:

Post a Comment