SUPPORT PENAJA

Saturday 18 February 2012

ROBOT PENENANG UNTUK MANGSA TSUNAMI


Kini pelbagai teknologi roboh yang canggih muncul dengan pelbagai fungsi serta kegunaan . Terbaru  wujud sejenis robot anjing laut berteknologi tinggi yang bertindak balas kepada sentuhan manusia  digunakan bagi meredakan kemurungan mangsa-mangsa tsunami di Kesennuma Jepun. Diberi nama Paro, robot berbulu berkenaan ditawarkan kepada mereka yang kehilangan tempat akibat bencana berkenaan di sini pada Mac tahun lalu. 



Paro dilihamkan oleh Dr Takanori Shibata dan dikatakan Robot Terapeutik Dunia oleh Rekod Dunia Guinness. Kepentingan kajian beliau termasuklah interaksi manusia-robot, robot interaktif manusia, robot emosi, dan terapi robot.
Paro akan mengeluarkan bunyi dan menepuk siripnya apabila menerima sentuhan manusia."Ia sungguh comel. 

Ia berbunyi apabila saya menggosok badannya," kata seorang budak lelaki berusia 10 tahun, Kosei Oyama. Akibat tsunami, tidak banyak barang permainan yang dapat kami gunakan," tambahnya. 


Paro yang dilengkapi sebilangan sensor audio telah digunakan di beberapa buah hospital dan rumah orang tua sebagai alat bantuan terapeutik bagi meredakan kemurungan warga tua. Selain Paro, beberapa lagi robot canggih termasuk robot senaman, prototaip robot urutan kepala dan android menyerupai manusia yang berfungsi sebagai penyambut tetamu turut ditawarkan bagi menceriakan mereka. - AFP

No comments:

Post a Comment