SUPPORT PENAJA

Wednesday 11 January 2012

FUYOO.. AS SAMBUT BAIK PENYELESAIAN KES ANWAR





KUALA LUMPUR: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyifatkan keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan liwat mencerminkan kebebasan badan kehakiman Malaysia. 


"Kami sambut baik penyelesaian kes yang sudah berjalan lama, yang kami ikuti dari dekat," menerut kenyataan pejabat jurucakap jabatan itu yang dikeluarkan menerusi Kedutaan AS di sini hari ini.
Ia menyatakan keputusan itu memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada masa depan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 - SUMBER DARI BERNAMA 


No comments:

Post a Comment