SUPPORT PENAJA

Saturday 3 March 2012

JAKARTA ALAMI FENOMENA HARI TANPA BAYANG - BAYANG


Tepat pukul 12 tengah hari ini, bandar Bogor di Jawa Barat mengalami fenomena hari tanpa bayangan matahari, manakala ibu kota Jakarta akan mengalami fenomena sama esok.
Pada waktu itu, untuk tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayangan sendiri di bawah sinar matahari kerana matahari berada tepat di atas kepala dan jika cuaca tidak berawan, bahang panas matahari adalah optimum dan bersifat sangat menyengat. Selepas tempoh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula kerana kedudukan matahari semakin beralih ke garis lintang arah utara.

Peneliti Utama Astronomi Astrofizik di Lembaga Penerbangan dan Angkasa Lepas Nasional (Lapan) Indonesia, Dr Thomas Djamaluddin berkata, secara astronomi, kejadian itu merupakan fenomena rutin yang biasa berlaku pada tarikh sama dua kali setiap tahun kerana pada ketika itu matahari berada tepat di garis lintang di kawasan terbabit.

Di Indonesia, beberapa bandar mengalaminya pada sekitar awal bulan Mac dan sekali lagi pada pertengahan Oktober, katanya hari ini.Fenomena ini telah pun berlaku di Yogyakarta pada 29 Februari dan Solo pada 1 Mac, manakala semalam ia dialami di empat bandar iaitu di Bandung, Cirebon, Pekalongan dan Semarang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment