SUPPORT PENAJA

Friday 27 January 2012

PENCULIK TURUNKAN JUMLAH WANG TEBUSAN


Kumpulan penjenayah Abu Sayyaf yang dipercayai menculik rakyat Malaysia di kepulauan Jolo, Filipina, Mohd. Nazaruddin Saidin sejak Mei lalu, telah menurunkan jumlah wang tebusan daripada RM200,000 sebelum ini kepada RM100,000 daripada keluarga mangsa. Bagaimanapun, kumpulan penculik tersebut dikatakan telah meletakkan syarat iaitu mereka sanggup membunuh ahli perniagaan cicak tokek itu dalam tempoh terdekat sekiranya permintaan itu gagal ditunaikan.Menurut sumber, Nazaruddin yang kini diculik dan berada di selatan Filipina dalam keadaan selamat, namun dia semakin tertekan kerana nyawanya kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk.


Dalam beberapa rundingan sebelum ini, jumlah wang tebusan yang awalnya bernilai jutaan ringgit telah dikurangkan sehingga RM200,000. Bagaimanapun, jumlah wang tebusan terakhir yang diberi adalah RM100,000.Ini merupakan peluang terakhir untuk selamatkan Nazaruddin dan jumlah tuntutan paling rendah ditawarkan berbanding tebusan-tebusan lain sebelum ini.Kumpulan penculik beranggapan tiada gunanya lagi mereka terus menyimpan (menculik) Nazaruddin lagipun dia beragama Islam, kata sumber itu.
Nazaruddin ke kepulauan terbabit awal Mei lalu untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga cicak tokek. Namun, langkahnya ternyata silap apabila dia akhirnya menjadi mangsa sindiket penculikan yang dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf.Dalam laporan Utusan Malaysia pada 14 Mei lalu, isteri Mohd. Nazarudin, Mazlina Mohamad, 38, mendedahkan kumpulan penculik berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.Katanya, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan kumpulan penculik kepada orang tengah yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.

Petikan dari Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment