Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.

Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.
Isterinya , Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2008 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini?
Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.
No comments:
Post a Comment