SUPPORT PENAJA

Friday 27 January 2012

FUYOO..DIPENJARA JIKA JUAL BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan pelajar institut pengajian tinggi menjual atau melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) menerusi Internet. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau kesal atas tindakan mahasiswa yang dikatakan tidak jujur.

"Pelajar cakap kerajaan tidak baik, tidak jujur, tidak baik, tidak ikhlas sekarang mereka pulak yang mainkan peranan itu, cakap pasal orang lain pandai.

"Saya sangka semua baik, jujur... bila kerajaan beri bantuan gunalah sebaiknya, hargai," katanya pada sidang media selepas majlis Amaanat Tahun 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau berkata, hebahan menjual BBIM yang banyak di laman-laman web sudah mula diturunkan.

"Siasatan akan dijalankan oleh pihak polis, dan mungkin mereka yang terbabit boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan," katanya.Terdahulu terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan BB1M daripada kerajaan bertindak menjualnya di laman sosial dengan harga di antara RM150 hingga RM200.Kementerian telah memberikan amaran berhubung dengan kegiatan itu, dan akan merampas baucer berkenaan sekiranya ada pelajar yang cuba menyalahgunakan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.

No comments:

Post a Comment