SUPPORT PENAJA

Friday, 17 February 2012

TERIMA KASIH SEMUA..SAYANG KORANG




Salam semua buat pembaca setia dan juga buat pembaca yang lum nak setia dengan blog CeciterDunia ni.. Haaa nie Mak Jemah nak cite lagi... sebenarnye Mak Jemah nak ucapkan terima kasih ler bebanyak kepada semua yang banyak menyokong blog Mak Jemah selama ini. heheh ( tak lama mana pun actually .. baru je dekat 2 bulan ) ...

So setelah hampir dua bulan Mak Jemah ngan Sis berhempas pulas..bermandi keringat yang rasenye ala-ala pahit-pahit kelat campur masam masin ala-ala ikan sweet sour ni..dengan tido lak leh kira brapa jam je pun ..haa ni la hasil yang Mak Jemah dapat..(ada ke hasilnya...hehehe.)

Sesungguhnya nak ulang lagi nie , Mak Jemah memang benar-benar nak ucapkan terima kasih kat korang atas sokongan korang . Sayang sangat ler kat korang tau ..Yela bukan pe pe pun actually , sebab kalau korang perasan follower kitaorang tak la ramai mana pun ...bape kerat jerkan...kat FB pun bape kerat je yang LIKE...tapi Mak Jemah dan Sis tak de le nak kisah ...hehe . (actually dalam hati kisah la juga..ni baru ayat jujur..haha) tapi yang buat we both happy dan hati berbunga-bunga ialah bila check blog kami sudah mempunyai viewer yang dikategorikan ramai la jugak untuk orang-orang baru cam kami  ni. ( tak bermaksud nak riak atau berlagak tau).


Yela dah tengok ada yang minat nak singgah tiap ari , so  kire pembakar semangat untuk kami berbloger ler tau... Bukan pe pun , Mak Jemah nie ade le jugak jeling-jeling , tinjau-tinjau blog-blog yang lain... page viewer takdele seramai Mak Jemah nye blog walau pun da lame bertapak n ramai lak yang like and follow blog dorang ( harap korang jangan salah paham yer..skali lagi bukan nak riak atau berlagak tau...tapi kalu korang  terasa Ya Ampun )..
Bukan pe sometimes bila setan dok melintas dalam pikiran nie ..rasenye nak jer tarik atau seru follower dorang follow Mak Jemah nye blog..tapi...prinsip mesti kene pegang...tak elok wat cam tu...kalau orang suke...biar tak perlu dipaksa.. baru la ngam..betol tak ..hahhaa 



So kat sini Mak Jemah skali lagi nak ucapkan berbanyak ler terima kasih yer kepada  korang semua.(brapa kali da nak cakap tenkui kan )..Bukan per pepaham ler nama pun blogger mentah so Mak Jemah dan Sis amatlah  mengharapkan sokongan korang ..hik..hik..cam nak masuk pilihan raya la plakkan . So... sape suka nak baca  FOLLOW blog ni  klik sini...dan jangan lupe klik untuk FB jugak hahaha . jahat tak ayat... Mak Jemah habiskan pidato Mak Jemah ni dengan ucapan TERIMA KASEHHHHH ( Ala..ala..gaya AlleyCat)

KALAU NAK ANAK JADI PENYANYI, KASI MAKAN TAHI AYAM

Salam dan ucapan selamat untuk semua.. tak kira ape bangsa dan agama skali pun..Mak Jemah still nak wish..
Bukan ape..waktu-waktu malam gini Mak Jemah tak tau nak wat ape..da macam-macam info da digodek..tapi semua da tak mendatangkan ilham emas kepada Mak Jemah ni..

Tapi kali ni Mak Jemah just nak cerita topik klakar yang Mak Jemah nak citer ni tak la Mak Jemah gi tengok mane-mane blog..tak tau la ade ke tak....

Cop-cop..korang sume mesti pelik kan...Blogger ni kejap Mak Jemah.. Kejap Sis...Actually blog ni diterajui oleh 2 orang yg asik dok depan komputer.. yang si Sis tu..fuyoo..die mmg rajin update-update entri..n entri die memang entri info la...kalau Mak Jemah nye entri...ayat tunggang langgang...dan Mak Jemah la yg paling malas..rajin dok depan komputer main game jer..hik..hik...kesian si Sis tu kan...

Ha..berbalik pasal, kisah, cerita dan topik Mak Jemah tu..." KALAU NAK ANAK JADI PENYANYI KASI  MAKAN TAHI AYAM"

Korang caye ke tak topik Mak Jemah ni...tak caye kan...Mak Jemah pun same..tapi topik ni la buat Mak Jemah dok gelak..n sambil drive kete gi keje tu tersenyum simpul macam pengantin atas pelamin ayam terlepas kene sembelih...hikhik...



Al Kisah nye.. Mak Jemah ni dok la drive ala-ala Schumacer (betul ke Mak Jemah eje ni...tak kisah la)
cilok sane cilok sini redah jammed nak ke tempat kerja..tapi Mak Jemah tak marah...Mak Jemah cool jer..sebab halwa telinga berbulu Mak Jemah ni telah di beri Breakfast oleh gelagat AM Krew HotFM...syok dengar pagi-pagi 4 orang sengal ni cerita..kalau tambah Mak Jemah...jadi 5 orang sengal .. tapi mungkin untuk Mak Jemah bukan sengal..tapi bengal..hahhaa...tak-tak..saje je lawak..

Dalam dok dengar-dengar tu...kebetulan topik mase tu adalah " Kisah mase kite kecik-kecik" rententan berita top kat Surat Khabar kes penjualan bayi ni...Mak Jemah tergelak la jugak antara cerita-cerita Caller yang kunun-kunu share dorang nye kisah silam, lampau dan melampau..hahah..

CONTOH TAHI AYAM
Tapi dalam banyak-banyak caller tu..Mak Jemah tangkap gelak sakan kat satu caller ni....Caller ni seorang perempuan...tapi Mak Jemah tak tau la umor die bape la plak...tapi dari gaya cakap cam budak-budak..cam budak-budak hingusan...die citer mase die kecik-kecik dulu..die suke MAKAN ULAT GONGGOK. Korang bayangkan...aduihai...Mak Jemah tak dapat nak imagine kan .. bukan takat tu jer...die jugak suke MAKAN TAHI AYAM.. aduihai...yang ni..Mak Jemah tak dapat nak bayangkan scene yang berikutnye..takde bende yang elok-elok ke ko nak makan dik non oooiii...
ULAT GONGGOK
Dalam dok die cerita tu...die kate...sebabkan hobi saya dulu buatkan suara saya sedap bile nyanyi...4 orang sengal ni memang tak percaya...Mak Jemah pun tarra percaya sama itu budak....mane taknye..suare pelat-pelat...cam budak-budak..nak sebut meniarap pun fail..skali Fafau suruh la die nyanyi...budak ni tak nak...Mak Jemah dah agak da mase tu...konfem nipu jer budak ni..tapi Fafau test lagi..then suruh la si AG tu mulakan..lagu yag AG nyanyi tu lagu  DUA INSAN nyanyian Eva dan Ezad... dok AG nyanyi-nyanyi...skali budak tu pun masuk..nak tau tak ape jadi..


Aduhai....boleh bergegar konti HotFm mase tu..eh salah..actualy mase budak tu sambung je bile AG nyanyi..ke empat-empat sengal tu terus senyap...mane taknye...sedap la suare die....mmg sedap...lenggok nyanyi berbeza betul ngan suare die mase ckp..cam dua orang yang berlainan...Mak Jemah tau la...Mak Jemah kan pernah jadi juri mase pertandingan kat Tadika yang berhampiran ngan umah Mak Jemah..so Mak Jemah tau la..lenggok...nada-nada cinta...nada rendah..atau nada tinggi smpi anak tekak pecah pun Mak Jemah tau...


Dan pentutup nye... budak tu sempat cite.." SO SAPE-SAPE NAK ANAK DIE SUARA SEDAP, KASI LA MAKAN TAHI AYAM"


related tak entri Mak Jemah ngan tajuk tu...hikhik...renung-renungkan dan fikir-fikir kan lah yer..


Kalau korang tak caye ape yang Mak Jemah cite...ha..ni buktinye AM Krew : Klik Sini 

Thursday, 16 February 2012

YU GERGASI DITEMUI DI PAKISTAN

Agak-agaknya kan percaya tak uolls kalau ada sesorang datang kat uolls bagitau yang dia dah berjaya tangkap seekor ikan sepanjang 40kaki . Besar tu . Kira kategori ikan gergasi tau .. Sure tak percaya kan . Tapi tu ler kenyataan nya bila seekor ikan dari species Yu telah berjaya dibawa keluar oleh sekumpulan nelayan di Laut Arab iaitu 128.74 kilometer diluar pantai Karachi. Ianya kemudian dibawa ke sebuah perlabuhan di Karachi , Pakistan  . Orang ramai  berkumpul disitu bagi melihat sendiri ikan yang dikatakan paling besar pernah ditangkap di Perikanan Charai . Pada mulanya 2 kren digunakan untuk menarik keluar bangkai yu yang seberat 8 tan itu namun gagal sehinggan terpaksa mencari kren lain untuk angkut keluar ikan gergasi tersebut .Ianya kemudian dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

“Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka,” kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.
Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar. Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.



KUASA SOLEKAN

Bila sebut pasal kecantikan memang lah menjadi satu topik yang penting untuk setiap wanita . Tipu la kalu takde sape taknak cantiik kan .Sume orang suka kan kecantikan . So sebab tula kalau kita perhatikan ramai  jer kaum wanita yang sanggup perhabis duit gaji setiap bulan pegi spa ler , g facial ler dan macam macam lagi ler hanya untuk memastikan penampilan they all tip top . Bagi yang dianugerahkan wajah yang semulajadi cantik dan jelita patut la bersyukur kan . Tak payah nak makeup tebal-tebal nak bagi cantik . 

Kalu dah memang asal cantik .. baru bangun tido pun nampak jelas cantik nya . Bagi yang kurang cantik  lak nampak gayanya kena la cari cara bagi nak nampak cantik . Antara cara yang selalu digunakan apa lagi kalau bukan menyolek. Kalu kena gaya solekan , konferm ler muka yang huduh atau ayat manis nyer "kurang jelita" pun leh jadi wowww...Tak caya jom layan beberapa pictures pompuan-pompuan dari negara China ler kot , takpun Jepun atau Korea yang Ceciter nak share ... So kalau  uolls nengok kat kaca tv tu terkagum giler nengok kecomelan serta kejelitaan minah minah sana so pas nie fikirlah 2-3 kali yer . Think first about the Magic of Makeup . Hahaaha .. 

  

WHITNEY HOUSTAN DIKATAKAN LESBIAN


Peminat setia Diva Pop terkenal di seluruh dunia kini sedang meratapi pemergian bintang pujaan mereka iaitu Whitney Houston yang didakwa punca kematian adalah akibat memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu.Namun belum pun mendiang dikebumikan Sabtu ini dunia kini dikejutkan pula dengan khabar angin yang mengatakan Whitney sebenarnya adalah seorang lesbian dan selama 30 tahun beliau mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya. Kenyataan tersebut dibuat oleh rakan Whitney sendiri yang bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya. Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini.


 “Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya.Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah. “Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan.Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford. Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati. Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat.

Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa. ‘Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey. “Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”
Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons. Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita.

Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”
Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown. Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown. Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn.

Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu. Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.” - DM