SUPPORT PENAJA

Thursday 12 April 2012

BAYI AJAIB HIDUP KEMBALI SELEPAS 12 JAM 'MATI'

Seorang bayi ditemui hidup di sebuah rumah mayat, 12 jam selepas dilaporkan mati oleh doktor di sebuah hospital di Argentina. Analia Bouter bersama suaminya mengunjungi rumah mayat untuk melihat bayi tidak cukup bulan yang dilahirkannya di Hospital Perrando. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila membuka keranda dan melihat bayi itu masih hidup.
“Saya tiba-tiba mendengar suara dan melihat dia bergerak,” kata wanita itu kepada akhbar TN.com.
Menurut Analia, bayi itu hampir beku selepas 12 jam berada dalam bilik sejuk rumah mayat itu. Seorang pekerja hospital yang bergegas membawa bayi itu ke doktor menyifatkan dia seperti membawa sebotol ais. Sehubungan itu, pasangan berkenaan menamakan anak mereka itu Luz Milagros yang bermakna ‘keajaiban'.

 Menurut Analia, dia ke rumah mayat itu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bayinya, tetapi berakhir dengan menyelamatkannya.
“Setiap anggota pasukan yang terbabit mempunyai tanggungjawab masing-masing,” kata Setiausaha Rendah Kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli, kepada wartawan ketika mengumumkan mengenai siasatan terhadap salah laporan berhubung kematian bayi itu.

No comments:

Post a Comment