
Turut menafikan dakwaan tidak berasas mengatakan dia bermasalah dengan suaminya. Tegasnya penuh berpendirian: “Saya tak ada masalah dengan Aidil. Saya tak pernah bergaduh benda-benda besar macam perempuan ke, curang ke, tak ada.”Pemegang gelaran Ratu Telefilem TV Melayu sejak 2005 itu juga tidak mahu mengulas panjang andai ada pihak mengatakan masalah campur tangan keluarga mentua menjadi punca perceraiannya. “Saya tak nak cakap apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu segalanya dan boleh balas semuanya. Kebenaran bagi saya akan terbukti jua dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama,” katanya penuh makna selepas meraikan ulang tahun ke-36 di ibu kota, Rabu lalu.

“Tapi bila ada benda terjadi (perselisihan), saya dan anak ditinggalkan. Seorang suami kena kuat, tapi kenapa saya pula yang jadi mummy dan daddy buat anak-anak saya (bila ditinggalkan). Padahal, semua isteri perlukan perlindungan, kasih sayang daripada seorang suami dan bapa pada anak-anak,” tambahnya lagi. Kenyataan penuh kecewa itu mendorong pertanyaan apakah tidak ada sekelumit rasa cinta dan mahu mempertahankan rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dengan Aidil?
“Apa yang saya boleh cakap, mungkin bahagia itu ada, tapi boleh dikira dengan jari, tapi saya bertahan sebab saya nak yang terbaik, bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak.“Kalau benar perceraian itu adalah takdir hidup saya, saya reda, bersyukur dan tak nak menyesal. Terima kasih atas segala-galanya buat Aidil, beri saya dua cahaya mata.“Saya tak nak bersedih sebab sampai sekarang anak-anak masih di sisi dan merekalah kekuatan dan kebahagiaan saya. Saya nak anak-anak lebih bahagia dan tiada lagi masalah seperti sebelum ini sebab mereka adalah tumpuan saya.
“Saya nak cari rezeki dan besarkan anak-anak dan saya berdoa tak ada siapa boleh pisahkan saya dengan anak-anak. Hanya Tuhan saja boleh pisahkan kami dan saya tak nak menangisi masa silam sebab saya susah nak menangis dan tak suka menangis,” katanya hiba.Adakah pelakon filem Mami Jarum ini bersedia untuk menempuh kehidupan mendatang sebagai ibu tunggal beranak dua, Rita sebak sebelum berkata: “Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan sejak hari pertama berkahwin sampai ke hari ini. “Jujurnya, saya berkahwin sebab rasa cinta, bukan sebab harta. Saya bukan jenis memilih duit, tapi bila dah berkahwin dan jadi begini saya sedih. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tidak boleh dijual beli,” katanya berkias.
No comments:
Post a Comment