
Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi."Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut. Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya. "Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.
Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut. Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa sebahagian besar ucapan Najib kepada warga Malaysia yang menghadiri majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London, adalah mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.
Najib berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah pilihan rakyat.
No comments:
Post a Comment