SUPPORT PENAJA

Sunday 13 May 2012

PILIHAN TERHAD ALASAN UNTUK KAHWINI SESAMA AHLI KELUARGA


TERPENCIL... rumah panjang di kawasan Tinja,
Long Baram yang dikatakan mengamalkan
 perkahwinan sesama mahram.
Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

SEIRAS... pasangan muda yang
 mendakwa suami isteri.
Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.


Namun walaupun perkahwinan sesama ahli keluarga di kalangan masyarakat Penan masih berlaku, namun ia hanya kes terpencil dan jarang didengar ketika ini. Ahli antropologi, Kelvin Egay John berkata, memang kes perkahwinan sesama ahli keluarga pernah dilaporkan di kawasan Tinja, berhampiran Long Baram di Miri, tetapi ia sebenarnya melanggar norma masyarakat itu. 

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan seumpama itu menjadi isu dan mendapat tentangan ahli keluarga serta kaum masyarakat Penan lain kerana melanggar norma masyarakat dan pohok (adat) mereka. “Jelas perkahwinan sesama ahli keluarga dilarang, malah perkahwinan sesama saudara turut dilarang dan ia bukan adat masyarakat Penan.

“Masyarakat Penan tidak membenarkan perkahwinan dengan sepupu pertama, kedua dan ketiga, apa lagi sesama adik-beradik, walaupun mereka berasal daripada komuniti kecil. Apa yang berlaku mungkin kes terpencil atau diperbesarkan pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment