SUPPORT PENAJA

Sunday 15 January 2012

FUYOO.. HATTAN SAH BERCERAI ...






Desas-desus yang sebelum ini kencang diperkatakan mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya dua bulan  lalu akhirnya terjawab.
Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Dulu ada keluar gosip di Melodi dan media hiburan yang mengatakan Hattan bercerai setelah seminggu bernikah, dan Hattan ada membuat kenyataan di Melodi yang dia mahu wartawan yang menyebarkan gosip itu bertemu dan bersemuka dengannya untuk mendapat penjelasan. Bercerai dalam seminggu adalah perkara yang dianggap tak masuk akal oleh Hattan, dan dia tak mungkin melakukan perkara yang tidak baik itu.


Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.
Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.



Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.
Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

No comments:

Post a Comment