SUPPORT PENAJA

Sunday 15 January 2012

FUYOO..DRB-HICOM MENGAMBIL ALIH POS MALAYSIA






Dengan pengambilalihan tersebut DRB-Hicom Bhd merancang membawa Pos Malaysia Bhd ke paras pertumbuhan lebih tinggi walaupun telah memasuki industri yang semakin pupus semenjak orang ramai mula menjauhi penghantaran mel secara tradisional.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, Pos Malaysia tidak perlu hanya menyediakan perkhidmatan pos semata-mata.

“Walaupun ia merupakan industri yang semakin pupus, Pos Malaysia akan menyediakan peluang untuk mewujudkan persekitaran perniagaan baharu.

“Oleh itu, DRB-Hicom dan Pos Malaysia perlu mengenal pasti bidang perniagaan baharu bagi menjamin syarikat kurier itu kekal kompetitif, sekali gus mengeluarkan dirinya daripada industri yang semakin pupus ini,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu kini sedang mengkaji pelan transformasi pra-pengambilalihan yang distrukturkan oleh Pos Malaysia dengan pelan perniagaan yang disediakan DRB-Hicom. “Kami akan memastikan POS Malaysia terus mengekalkan posisi utamanya dalam perniagaan surat, mengembangkan lagi penguasaan pasarannya dalam segmen perkhidmatan kiriman yang kini amat kompetitif, serta memulihkan kembali perniagaan runcitnya untuk menjadi rangkaian peruncitan virtual dan berkebolehan untuk mencapai pengguna yang meluas. 

“Matlamat lain adalah untuk merangsang kembali perniagaan logistiknya dalam meraih manfaat daripada saiz pasaran logistik tempatan bernilai RM27 bilion.
“Pos Malaysia boleh mewujudkan usaha sama dengan peserta tempatan dan antarabangsa bagi mencapai matlamat itu dengan kadar segera.
“Namun, yang terutama sekali adalah visi kami untuk memastikan Pos Malaysia muncul jenama yang terunggul di Malaysia dan di rantau ini yang mana jenamanya akan sentiasa menjadi keutamaan dalam aktiviti perniagaan dan kehidupan seharian di kalangan rakyat mahupun ahli perniagaan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Pos Malaysia mempunyai pelan transformasi 39 perkara sebelum ia diambil alih oleh DRB-Hicom. Mohd Khamil berkata, sehingga kini DRB-Hicom telah mengenal pasti 17 perniagaan baharu yang boleh diraih melalui Pos Malaysia.










No comments:

Post a Comment